Gambar Kreatif Ini Menunjukkan Bagaimana Teknologi (Telefon Pintar) Hari Ini Mendekatkan Yang Jauh Menjauhkan Yang Dekat
Gambar Kreatif Ini Menunjukkan Bagaimana Teknologi (Telefon Pintar) Menjauhkan Yang Dekat Mendekatkan Yang Jauh | Teknologi hari ini berkembang dengan pesatnya. Bayangkan berita dari negara luar boleh sampai kepada kita hanya dalam beberapa minit dan mungkin beberapa saat saja. Teknologi dalam perhubungan yang popular hari ini adalah telefon pintar (smartphone) walaubagaimanapun ianya mempunyai kebaikan dan keburukan. Teknologi komunikasi atau perhubungan hari ini berjaya mendekatkan yang jauh dalam masa sama jika tersilap cara penggunaannya ianya MENJAUHKAN yang DEKAT. Boleh juga difahami sebagai Keburukan Telefon Pintar.![]() |
Add caption |
Gambar kreatif ini yang menunjukkan bagaimana teknologi komunikasi atau perhubungan yang berkembang secara meluas hari ini jika gagal dikawal sebenarnya memberikan impak yang sangat buruk. Teknologi ini kini boleh dimiliki oleh sesiapa saja pada setiap peringkat umur. Ianya adalah telefon pintar.
Iklan Dulu Dan Iklan Sekarang
Bila berkongsi mengenai teknologi dalam komunikasi hari ini cuba kita bayangkan semula iklan dulu vs iklan sekarang. Jika sebelum ini iklan sebelum ini banyak mempromosikan mengenai teknologi yang terkini. Kepentingan memiliki telefon pintar tetapi setelah teknologi ini semakin mudah didapati dan berkembang dengan luas disamping harga tidak semahal dulu maka wujud pula iklan untuk memwujudkan kesedaran penggunaan teknologi ini secara berpada-pada. Kesedaran tersebut mula disebarkan dengan ayat "pintarkah kita" dalam menggunakan telefon pintar huhuhu...
Teknologi memang sangat penting tetapi jangan sampai ianya mengawal kita. Kita sepatutnya menjadi 'tuan' kepada telefon pintar.
Jangan buang masa lagi jom kita lihat gambar kreatif daripada Antoine Geiger dan juga Center For Psychological Research Shenyang. Gambar semua ini di kreditkan kepada dua nama yang disebutkan.
![]() |
telefon pintar |
![]() |
telefon pintar |
![]() |
keburukan telefon pintar |
![]() |
kredit pada Antoine Geiger |
Semoga perkongsian kreatif dari pada dua pihak ini memberikan sedikit kesedaran buat kita terutama kepada keluarga dan masyarakat. Tanpa pengawalan penggunaan telefon pintar yang hari ini merupakan teknologi komunikasi yang paling utama hari ini.
Cuba bayangkan sekiranya perkara ini terus berlaku ianya akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri, anak-anak, isteri dan keluarga serta seterusnya kepada masyarakat. Kita mampu mengubahnya. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Gambar Kreatif Ini Menunjukkan Bagaimana Teknologi (telefon pintar) Menjauhkan Yang Dekat