Quantcast
Channel: ARZMOHA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Kek Hari Jadi Tema Baby Shark Doo Doo Doo

$
0
0

Kek Hari Jadi Baby Shark Doo Doo Doo Sempena Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri ke-5

Sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke-5 pada 23 Oktober 2017 baru-baru ini aRz dan Puan Isteri telahpun menempah Baby Shark doo doo doo. Jadinya aRz kongsikan mungkin ada yang mencari idea Kek Hari Jadi Kanak-kanak yang seusai untuk anak-anak mereka pula. Dah tengok kek Baby Shark Cik Puteri? Jom...
contoh kek hari jadi kanak-kanak, kek baby shark doo doo doo, kek tema baby shark untuk ulangtahun kelahiran kanak-kanak, contoh kek kanak-kanak, sambutan hari jadi di sekolah, cik puteri, anak blogger malaysia, model kanak-kanak,
Cik Puteri dan kek baby Shark

Contoh Kek Hari Jadi Baby Shark Doo Doo Doo Untuk Kanak-Kanak

Sebenarnya atas permintaan Cik Puteri juga bila tengok contoh-contoh kek. Lagipun lagu Baby Shark Doo Doo Doo ini kan baru lagi popular, bukan anak-anak saja boleh menari dan menyanyi malah orang dewasa pun terikut hehe.. Inilah Sebenarnya contoh kek Hari Jadi Baby Shark untuk Cik Puteri sempena Sambutan Majlis Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke 5. 

Sebelum ini sambutan sekadar kecil-kecilan. Cumanya ada niat nak buat birthday surprise untuk Cik Puteri tetapi ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan perlukan komitmen yang tinggi untuk buat. Insyaallah next time.

Tempah Kek Hari Jadi Kanak-Kanak Penang Klik Sini


baby shark birthday cake for kids, baby shark birthday cake, example kids birthday cake, kek kanak-kanak, blogger malaysia,
Baby Shark Birthday Cake


kek hari jadi cik puteri, baby shark birthday cake, contoh kek baby shark, kek yang sesuai untuk kanak-kanak, kek tema baby shark, harga tempah kek untuk kanak-kanak, harga kek sambutan harijadi kanak-kanak, kek anak blogger malaysia, arzmoha,
Kek Hari Jadi tema Baby Shark untuk kanak-kanak 

Walaupun ada juga ibubapa tak berapa suka bila anak-anaknya makan kek, gula-gula tetapi aRz malas nak komen bab tu. Kek, coklat ini sebenarnya satu nikmat dalam dunia kanak-kanak. Cuma perlu kawal. Sebab itu juga aRz dan Puan Isteri setuju untuk tempah kek ini. 

Lagipun aRz sendiri pun suka kek hahaha. Tetapi Cik Puteri agak memilih kek. Kalau Kek Secret Recipe sepotong boleh habis sorang-sorang, jangan harap boleh kongsi melainkan mood baik.

Bila balik dari sekolah tanya semula kek sedap tak, Cik Puteri kata "Abah kek sedap ... kek habis"

Syukur asalkan dia gembira lagipun inilah kali pertama Cik Puteri sambut Ulangtahun Kelahirannya atau Hari Jadi bersama kawan-kawan. Insyaallah selepas ini mungkin boleh rancang majlis yang lebih baik lagi.

Kalau ikut asal kek ini rekabentuk kek ini berbeza dari yang dilihat di atas. Tetapi ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan akhirnya bentuknya berbeza tetapi alhamdulillah tetap diterima.

Berapa Harga Tempah Kek Kanak-Kanak Baby Shark?

Berapa harga kek hari jadi baby shark ini? Kalau ada yang bertanya harganya dalam RM 85. Walaupun harga hampir sama dengan kek Secret Recipe tetapi dari mata kanak-kanak kek ini lebih menawan di mata mereka. 

Walaubagaimanapun harga sebenarnya kek yang bakal anda tempah mengikut pembuat-pembuat kek yang anda pilih dari segi kualiti dan juga kemahiran mereka membuat sesebuah kek.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda yang sedang mencari idea kek Hari Jadi untuk Sambutan Ulangtahun Kelahiran anak-anak anda. Mereka GEMBIRA anda BAHAGIA.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 125