Quantcast
Channel: ARZMOHA
Viewing all 125 articles
Browse latest View live

Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir (Dengan Video)

$
0
0

Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir 

Lirik lagu Menang nyanyian Faizal Tahir. Lagu yang dimuatnaik di akaun Youtube Faizal Tahir pada 26 Okt. Lagu menang ini membawa mesej yang baik untuk didengari. Khasnya buat seorang lelaki supaya menghargai wanita. Kita di dunia saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun rasanya sesuai saja untuk kaum wanita pada lelaki sekalipun.

lirik lagu menang nyanyian faizal tahir, faizal tahir, menang,
Lirik Lagu Menang

Mesej yang ingin dibawakan dalam lirik lagu menang nyanyian Faizal Tahir ini mengingatkan aRz tentang amanah seorang lelaki yang bergelar suami terhadap isterinya. Ada di luar sana sang lelaki masih mencari pasangannya dan mengimpikan untuk membahagiakannya tetapi masih belum bertemu jodoh. Sedangkan ada pula yang sudah dipermudahkan jodohnya tetapi tidak menghargainya

Membiarkan isteri bekerja sedang lelaki duduk saja di rumah mengharap hasil gaji isterinya tanpa ada halangan yang kukuh seperti penyakit yang serius sehingga tidak mampu bekerja. Itu lain ceritanya.
Moga-moga lirik lagu menang ini terus memberi kesedaran pada lelaki supaya sentiasa MENANGkan wanita yang dicintainya.

Lirik Lagu Menang - Faizal Tahir


Tidak terduga waktu ini kan tiba
Jelas di minda gambaran yang pertama
Cukup semua tutur dan caramu
Kau panah hatiku

Tangis dan tawa semuanya bersama
Bagai udara ku perlukan sentiasa
Ku putus kata
Hidup tanpa kamu
Bukannya ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Bertahun lama mengenal hati jiwa
Retak berjuta tetap satu semula
Ku putus kata
Hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Jangan bimbang
Ku sediakan semua
Kau takkan hilang arah
Jangan bimbang
Ku kan jadi yang terbaik
Untuk kamu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Sedia ku bersama dirimu selamanya
Telah ku menang kamu




Selain daripada lirik lagu ternampak ayat yang menarik di Youtube milik Faizal Tahir yang berbunyi "To my boys, treat your women well"

kredit to faizal tahir

Terima kasih kerana sudi membaca Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir. Teruskan membaca di arzmoha.com

p/s : Lirik lagu ini sebahagian daripada menyokong industri muzik tanahair.

Lirik Lagu Jatuh Bangun Nyanyian Haqiem Rusli

$
0
0

Lirik Lagu Jatuh Bangun Nyanyian Haqiem Rusli

Lirik lagu jatuh bangun nyanyian Haqiem Rusli merupakan single terbaru yang dilancarkan pada 27 Oktober 2017. Setelah berjaya dengan dua lagu sebelum ini Tergantung Sepi dan Segalanya kini single terbaru bakal mencipta sebuah kejayaan dalam industri muzik tanahair. Selain dari Lirik lagu Jatuh Bangun ini video yang di kongsi di bawah dibawakan khas oleh ARLETA dengan menggunakan teknologi Augmented Reality.

Lirik lagu Jatuh Bangun Haqiem Rusli, lagu baru haqiem rusli oktober 2017,
Jatuh Bangun Haqiem Rusli


Augmented Reality (AR) merupakan satu teknologi yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan bahan bercetak atau video melalui telefon pintar yang menggunakan aplikasi khas iaitu ARLETA. Muat turun di Google Play.

Lirik Lagu Jatuh Bangun Haqiem Rusli


Perjalananku
Sungguh jauh
Ada jatuh ada bangun

Dan ku tempuhi 
Semuanya
Dan terus berlari

Cause all i want is time
To know you're mine
And i want you to know
I'm Fine

Cause all i want is time
To know you're mine
And i want you to know
I'm Fine

Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang

Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang

Dulu tak dipandang
Tinggal bayang
Kesedihan 
Ku seorang

Kau tinggalkan aku
Tanpa ragu
Ku sunyi tanpamu

Cause all i want is time
To know you're mine
And i want you to know
I'm Fine

Cause all i want is time
To know you're mine
And i want you to know
I'm Fine

Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang
Engkau Menghilang

(Feat)

Sekarang makin senang
Sudah lama cuba
Sekarang makin tenang
Tapi mana mungkin lupa

Lama sudah kita tak bersemuka
Itulah lumrah bila jalan berubah
Keadaan ketika itu kejam
Tak pernah aku cuba berdendam
Dah cukup kita berkenal
Takda apa dalam hidup kekal
Aku doakan kau sentiasa selamat
Moga tercapai kita punya matlamat

Dulu taknak bagi muka atau hati
Sekarang jangan cari aku

Cause all i want is time
To know you're mine
And i want you to know
I'm Fine

Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang


Terima kasih kerana sudi membaca Lirik Lagu Jatuh Bangun Nyanyian Haqiem Rusli. Kongsikan pada rakan-rakan.

Perkongsian lirik lagu ini sebagai salah satu cara membantu mempromosikan Industri Muzik Tanahair.

SAPS Ibu Bapa & Sistem KPM - Ibu Bapa Wajib Tahu Mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

$
0
0

SAPS Ibu Bapa & Sistem KPM - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa Wajib Tahu

Saps ibu bapa ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang memudahkan ibu bapa dan pelajar serta guru-guru. Teknologi semakin mengubah kebiasaan yang kita lakukan dulu, hari ini dengan kemudahan internet yang ada ibu bapa dengan mudah untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak. Kalau dahulu pelajar diberikan buku rekod peperiksaan yang mana perlu membawa pulang ke rumah untuk mendapatkan tandatangan ibubapa. Ada yang membawa balik, ada yang meniru tandatangan dan sebagianya. Kini ianya jelas berbeza. 

Saps Ibu bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, cara semak keputusan peperiksaan pelajar sekolah, cara mudah periksa keputusan peperiksaan anak-anak, SAPS,
SAPS Ibu Bapa

Pertama sekali yang ibu bapa perlu tahu ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang mana diwujudkan untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seperti diterangkan awal-awal sistem ini untuk memudahkan ibubapa dan pelajar untuk membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara dalam talian (online) dan digunapakai oleh  pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD.

Sekiranya sudah faham serba sedikit mengenai SAPS ibu bapa jom kita lihat serba sedikit mengenai cara Semakan SAPS Ibu Bapa pula.

Semakan SAPS Ibu Bapa

Kini tiada lagi halangan untuk ibubapa untuk memeriksa atau membuat semakan prestasi keputusan peperiksaan anak-anak dari masa ke semasa. Dengan wujudnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ianya memudahkan ibu bapa untuk melihat prestasi peperiksaan anak-anak. Bagaimana cara membuat semakan keputusan peperiksaan online ini?

Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 dimana pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semua keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Antara peperiksaan sekolah yang boleh di semak termasuk ujian 1 & 2, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan percubaan.


Langkah-Langkah Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

Langkah-langkah untuk membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar adalah seperti berikut :

1. Layari ke laman SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama Sekolah dan tahun.
3. Tekan semak
4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.

rujuk gambar di bawah

cara semak keputusan peperiksaan sekolah, saps ibu bapa, sistem analisis peperiksaan sekolah, cara mudah semak keputusan peperiksaan sekolah,
Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar

Setelah berikut sistem akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.

Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak ianya menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menghubungi dan memaklumkan kepada guru kelas pelajar berkenaan. Jangan risau ianya adalah kejadian yang biasa berlaku akibat dari kesalahan pengisian nombor IC di Aplikasi Pangkalan Data Murid ( APDM).

SAPS sedikit sebanyak membantu memudahkan ibu bapa untuk melihat prestasi peperiksaan anak-anak di sekolah. Ianya boleh di akses tidak kira di mana jua. Memandangkan sekarang internet adalah terlalu mudah untuk di perolehi dan di gunapakai. Semoga ianya memberi manfaat dalam memastikan prestasi anak-anak semakin bertambah baik di dalam dunia yang semakin bertambah maju.

Sistem KPM - Rujukan dan Pertanyaan Sistem-sistem KPM

Sekiranya selepas membaca artikel ini masih terdapat persoalan yang timbul selepas menggunakan SAPS ibu bapa ini, tuan/puan boleh terus merujuk ke SISTEMKPM.COM dimana ianya diwujudkan untuk sebarang pertanyaan dan rujukan sistem-sistem pendidikan.

Sistem KPM ini bagaikan Forum yang mengumpulkan pertanyaan dan rujukan untuk sistem-sistem pendidikan melibakan sekolah rendah dan sekolah menengah.

7 Tips Penjimatan Minyak Petrol

$
0
0

7 Tips Penjimatan Minyak Petrol

Tips Penjimatan Minyak Petrol. Sejak harga petrol mula diperkenalkan dengan sistem apungan, minggu ini iaitu 16 November 2017 hingga 22 November 2017. Apabila berlaku kenaikan harga petrol ianya sudah tentu memberi kesan kepada perbelanjaan harian kita dari segi bajet bulanan melainkan pendapatan kita agak tinggi. Nak tahu beberapa tips penjimatan minyak petrol?

tips penjimatan minyak petrol, minyak petrol, harga terkini minyak petrol 16 november 2017, cara jimat minyak petrol, viral cara jimat minyak, jimatkan minyak kereta,
Tips Penjimatan Minyak Petrol

Harga Minyak Petrol 16 November 2017

Sejak petang semalam boleh dikatakan ramai pengguna mula mengisi minyak bagi menjimatkan beberapa ringgit sebelum kenakan berkuatkuasa pada 12 tengah malam. Harga terkini untuk minggu ini adalah 

RON 95 - RM 2.38 ( +0.07)
RON 97 - RM 2.66 ( +0.06)
DIESEL - RM 2.25 ( +0.05)

Apa yang boleh dilihat ianya merupakan harga tertinggi bagi kesemua jenis petrol dan diesel. Sikit atau banyak tetap memberi kesan kepada penguna terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Baik jom teruskan dengan Tips Penjimatan Minyak.

Terdapat Tips Penjimatan Minyak yang boleh diamalkan. Walaupun impaknya mungkin minima atau maksimum mengikut cara penggunaan kita. Tips ini dikongsi bagi tujuan membantu supaya petrol dapat digunakan secara efektif.

jurujual pronton penang, beli kereta proton online, proton sales advisor, jurujual best proton penang,
Dapatkan promosi terbaru Proton Disini

Masih mencari Proton idaman anda? www.wasap.my/60166851185


Tips Penjimatan Minyak Petrol #1 - Isi minyak berdasarkan Liter bukan ringgit

Lebih baik mengisi minyak berdasarkan Liter bukannya dalam ringgit. Tips ini ada logiknya. Ini kerana sebagai contoh sekiranya anda mengisi minyak dengan 30 liter anda membayar pada harga RM 71.40. 
Sekiranya anda mengisi RM 70 anda telah pun mengisi minyak sebanyak 29.4117647 liter. Tetapi nozzle pam hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja iaitu 29.41 baki 0.0017647 lagi kemana? Cuba bayangkan 1000 orang isi? Benar atau tidak ianya lebih efisien mengisi dalam bentuk liter bukannya ringgit.


Tips Penjimatan Minyak Petrol #2 - Periksa tekanan angin tayar 

Pemeriksaan angin tayar sangat penting. Ini kerana keadaan tayar yang berkurang angin boleh menyebabkan penggunaan lebih kuasa untuk bergerak. Ini bermakna petrol juga digunakan lebih.

Selain itu tekanan angin tayar lebih juga mampu memberikan kesan bahaya ketika memandu. Jangan lupa periksa tekanan angin tayar selalu.


Tips Penjimatan Minyak Petrol #3 - Jangan biarkan enjin dalam keadaan melahu ataupun 'idle'

Membiarkan enjin kereta dalam mode 'idle' atau melahu pada setiap 2 minit boleh menyamai pembakaran petrol sejauh 1.5km. Dalam mode ini juga biasanya kita menggunakan penghawa dingin dan sebagainya. Selain dari pada itu ianya juga memberikan kesan kepada alam sekitar.

Walaubagaimanapun kesannya boleh dirasai oleh mereka yang tinggal di bandar yang biasanya menghadapi kesesakan lalu lintas atau berhenti di lampu isyarat yang biasanya agak lama untuk satu-satu laluan.


Tips Penjimatan Minyak Petrol #4 - Servis kereta

Jangan lupa untuk servis kenderaan anda. Servis mengikuti jadual mampu membuatkan kenderaan anda dalam keadaan baik dan memastikan pergerakan lancar. Enjin yang bermasalah mampu memberi kesan kepada penggunaan petrol. Tidak servis kereta akan membuatkan anda lebih rugi di masa hadapan untuk menanggung kerosakan yang tidak dijangka.


Tips Penjimatan Minyak Petrol #5 - Miliki Kad 'Loyalty'

Ada beberapa kelebihan kad loyalty. Ianya mungkin tidak mampu membuatkan anda membeli petrol pada harga yang lebih murah. Tetapi memberikan beberapa kelebihan. Walaupun saya tidak mempunyai kesemua kad loyalty tetapi pernah merasakan kelebihannya.

Sebagai contoh Kad loyalty Miles oleh Petron, yang membolehkan anda 'redeem' petrol pada nilai tertentu. Bukan Petron sahaja tetapi setiap kad loyalty pastinya mempunyai kelebihan tertentu.


Tips Penjimatan Minyak Petrol #6 - Penggunaan Kad Kredit

Sebelum ulasan lebih lanjut penggunaan kad kredit perlulah mempunyai disiplin yang tinggi, bukan sahaja ketika menggunakannya tetapi ketika membayarnya semula pada bulan tersebut supaya tidak dikenakan caj yang tinggi. Anda boleh periksa caj yang dikenakan sebelum menggunakannya.

Penggunaan kad kredit ada kelebihan tertentu dimana ada yang menawarkan cashback dan boleh mengumpulkan point untuk redeem barang tertentu. Ini kena rujuk terma dan syarat sesuatu kad kredit.


Tips Penjimatan Minyak Petrol #7 - Rancang perjalanan 

Dalam hidup ini perlukan perancangan yang rapi. Begitu juga dalam merancang kewangan keluarga. Apatah lagi merancang perjalanan agar sampai ke destinasi mengikut laluan yang betul. Teknologi hari ini banyak membantu dalam merancang perjalanan kita.

Pertama pastikan anda terlebih tahu dimana destinasi anda. Nanti dekat nak sampai baru terpusing-pusing cari lokasi yang hendak ditujui. Bukalah Goolge Maps siap-siap lihat keadaan sekitar, dimana tempat meletak kereta dan kemudahan yang disediakan terlebih dahulu.

Kedua dengan aplikasi Google maps atau Waze hari ini banyak membantu supaya anda melalui jalan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan lalulintas. Sudah pasti cara ini lebih menjimatkan minyak.

Jika gagal merancang anda sebenarnya merancang untuk gagal. Setakat ini dahulu terima kasih kerana sudi membaca 7 Tips Jimat Minyak Petrol

Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Untuk Kanak-Kanak Di Penang

$
0
0

Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Untuk Kanak-Kanak Di Penang

Ada yang tanya kat mana tempah kek hari jadi Cik Puteri. Tak sempat aRz nak kongsikan tempohari walaubagaimanapun hari ini nak kongsikan Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Di Penang untuk kanak-kanak. Kalau ikutkan nak beli saja kek dari Secret Recipe tapi atas permintaan Cik Puteri kami tunaikan. 

tempahan kek hari jadi kanak-kanak baby shark di penang, kek hari jadi kanak-kanak penang, kek untuk kanak-kanak, baby shark birthday cake, ordering birthday cake, creative birthday cake, kek baby shark,
Tempah kek hari jadi baby shark untuk kanak-kanak di penang

Bila dah semakin dekat dengan hari jadi Cik Puteri rasa keaadaan semakin tegang, pening mana nak cari pembuat kek. Lepas tu nak kena fikir bagaimana hasil dan rasa. Yela kali pertama bukan mudah nak percaya hasil kerja seseorang kan? 

Mujurlah Puan Isteri rajin mencari, nak harapkan aRz memang nak yang mudah beli siap dan tulis diatas kek. Tapi Cik Puteri buat permintaan nak kek baby shark. Selepas Puan Isteri bertanya pada kawan pejabat kemudian ada yang mencadangkan menempah dengan seseorang. Bila tengok hasil kerjanya terus cakap ok jadi saja.

Tempah Kek Hari Jadi Untuk Kanak-Kanak Penang

Baik kita pendekkan cerita. Andai ada yang ingin menempah kek untuk Majlis Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak mahupun dewasa sekitar Pulau Pinang (Penang) boleh hubungi 

Puan Norheyanti : FB Norheyanti Mohd Redhowan

tempahan kek hari jadi kanak-kanak, kek hari jadi kanak-kanak penang, tempah kek di penang,


Kenapa saya beri akaun facebook? sebab boleh tengok dulu hasil yang telah disiapkan sekiranya berkenan di hati boleh terus menghubungi beliau. 

Di bawah ini aRz kongsikan beberapa gambar kek hari jadi yang telah disiapkan selain kek hari jadi cik puteri di atas sekali. 



kek hari jadi kanak-kanak

Setakat ini dulu. Semoga membantu tuan/puan mencari pembuat kek untuk majlis sambutan hari jadi anak-anak mahupun untuk orang dewasa. Terima kasih kerana sudi membaca Tempah Kek Hari Jadi Baby Shark Untuk Kanak-Kanak di Penang

Cara Sediakan Fish And Chips Mudah Dengan Pacific West dan Menangi Percutian 4 Hari 3 Malam

$
0
0

Cara Sediakan Fish And Chips Mudah Dengan Pacific West dan Menangi Percutian 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum. Sihat semua? Boleh dikatakan ini merupakan artikel pertama resepi mudah yang dikongsikan di arzmoha.com. Nak kata resepi tidak juga tetapi cara mudah untuk membuat Fish and Chips dengan Pacifici West. Pernah dengar produk dari Pacific West? Semuanya akan dikongsikan nanti berserta dengan cara untuk menangi Percutian 4 Hari 3 Malam ke Perth atau Bali.


Cara Sediakan Fish and Chips Mudah

Hari ini kalau boleh kita semua inginkan semua perkara menjadi mudah. Bukan saja dalam bidang pekerjaan malah dalam masakan sekalipun. Jadi aRz nak kongsi menu Fish and Chips mudah untuk semua pembaca mana tahu ada yang teringin dan nak singkatkan masa. Bukan mudah nak sediakan Fish and Chips.


Bahan-Bahan Yang Diperlukan


Cheezy Fish Fillet dari Pacific West
Sebiji Tomato
Salad
Mayonise 
Sos

Bahan-bahan pun mudah dengan Cheezy Fish Fillet akan membuatkan semuanya menjadi lebih mudah. Mungkin tak perlukan masa yang lama. 

Cara Sediakan Fish and Chips Mudah

Panaskan kuali sehingga boleh rasa haba, kemudian masukkan minyak dan biarkan minyak panas terlebih dahulu. Untuk produk Pacific West jangan risau sangat sebab produk ini kalau keluarkan dari peti sejuk boleh terus di goreng tanpa perlu di biarkan di luar terlebih dahulu. 

Kemudian masukkan Cheezy Fish Fillet, perhatikan api jangan terlalu kuat dan biarkan sehingga kuning keemasan. Selepas warna sudah berubah boleh diangkat untuk di hidangkan.

Selain daripada itu, boleh hiaskan sedikit dengan salad, tomato dan juga kentang goreng. Untuk menu ini aRz tukar sedikit ganti dengan Spicy Garlic Calamari Ring ( juga dari Pacific West)

Siap boleh dihidangkan dan dimakan bersama keluarga. Alhamdulillah. Rasa pedas yang ada pada Calamari Ring lebih membuatkan Fish and Chips ini bertambah sedap.

Cheezy Fillet Fish Pacific West

Pacific West telahpun melancarkan Cheezy Fish Fillet iaitu formula yang diperbaharui pada November 2017. Ianya kerana keju merupakan antara bahan yang disukai dalam selera terkini pengguna seluruh dunia. Ianya bukan sahaja sedap malah menyihatkan. 

Fillet ikan yang disaluti dengan campuran Premium Mozarella dan Nacho Cheese dan diliputi dengan Japanese Breadcrumbs memberikan aroma dan rasa yang unik untuk pengguna. Cheezy Fish Fileet ini bukan sahaja boleh dimakan begitu saja malah sesuai mengikuti respi anda tersendiri. Cubalah sendiri.

Seperti yang aRz trangkan di atas Produk Pacific West boleh terus di masakan mengikut citarasa tersendiri dalam masa agak singkat tanpa perlu tunggu untuk dinyahbeku. Boleh terus di masak. Memang terbaik.

Dari segi kualiti, Pacific West memang menajaga kualiti lulus International Food Safety dan proses standard BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi. Sudah tentu ianya mendapat Persijilan Halal dan dimakan tanpa was-was.

Produk Pacific West bukan hanya di Malaysia malah di 20 buah negara. Rugi kalau tak cuba.

Info lanjut mengenai Pacific West di www.pacificwestfoods.com dan Facebook Pacific West. Terdapat banyak lagi produk Dari pacific west di pasaran yang boleh dicuba.



Menangi Percutian 4 Hari 3 Malam ke Perth atau Bali dengan "Win Your Dream Holiday"


Win Your Dream Holiday merupakan peraduan yang sedang berlangsung sehingga 15 Januari 2018. aRz juga akan rebut peluang untuk memenangi hadiah percutian idaman. Seronok juga kalau menang percutian yang di taja. 4 hari 3 malam ke Perth atau Bali. 

win your dream holiday, percutian 4 hari 3 malam dengan pacific west, pacific west contest, hadiah menarik peraduan mudah,
Peraduan Pacific West 

Cara untuk sertai peraduan ini cukup mudah. Dapatkan satu pack Cheezy Fish Fillet ( Pacific West) atau mana-mana produk Pacific West beserta resit sebagai bukti pembelian. Lengkapkan borang dan hantarkan di roadshow yang ada di sekitar anda. Sekiranya tiada? Jangan risau terdapat 2 lagi cara untuk menghantar 

win your dream holiday, percutian ke perth atau bali dengan pacific west,
Perth atau bali

1) Dapatkan borang peraduan daripada outlet yang turut serta di seluruh Malaysia kemudian hantar kepada alamat yang terdapat dalam borang.

2) penghantaran melalui whatsapp. Ambil gambar resit asal pembelian hantarkan ke 0136019224. Ianya perlu disertakan bersama Nama, No IC, No Telefon, Alamat, Email dan Outlet yang tertera di resit asal pembelian.

Mudah saja kan? Insyaallah kalau rezeki tak kemana. Kerana bukan sahaja hadiah percutian untuk direbut malah terdapat hadiah saguhati yang perlu direbut. Semoga berjaya.

Terima kasih kerana sudi membaca Cara Sediakan Fish and CHips Mudah Dengan Pacific West dan Menangi Percutian 4 hari 3 Malam

Nasi Kandar Deen Maju | 1 Jam 16 Minit Beratur Baru Dapat Rasa Nasi Kandar Terbaik Penang

$
0
0

Nasi Kandar Deen Maju | Merasai Nasi Kandar Terbaik Penang 

Jika anda pernah mencuba Nasi Kandar Deen Maju pada waktu cuti sekolah ianya merupakan satu pengalaman yang lain dari biasa. Walaupun boleh dikatakan hampir kesemua nasi kandar di Penang aRz pernah cuba tetapi Deen Maju boleh dikatakan satu fenomena. Dimana orang ramai sanggup beratur panjang untuk mencubanya. Ini satu perkongsian pengalaman beratur satu jam 16 minit di Nasi Kandar Deen Maju Penang. Lama kan?

nasi kandar deen maju penang, nasi kandar, makan di penang, nasi kandar terbaik penang, nasi tomato deen maju, mesti cuba nasi kandar penang, pengalaman ke deen maju waktu cuti sekolah,
Nasi Kandar Deen Maju

Baik bagi yang belum tahu aRz memang asal Pulau Pinang dan masih tinggal di Pulau Pinang. Jarak antara rumah dan Nasi Kandar Deen Maju kurang dari 1km. Dekat sangat. Sebenarnya boleh saja hari-hari makan Nasi Kandar Deen Maju. Tapi taklah hari-hari aRz akan makan Nasi kandar Deen Maju.

Begitu juga aRz tak perlu pun untuk ke Nasi Kandar Deen Maju pada musim cuti sekolah sebabnya ianya menjadi tempat tumpuan orang luar dan juga setempat, hari lain pun boleh.

Kali ini sebab nak bawa orang Putrajaya untuk mencuba sendiri Nasi Kandar Deen Maju. Bukan saja pengalaman aRz tetapi tetamu dari Putrajaya.
 

Nasi kandar deen maju, pengalaman beratur di nasi kandar deen maju, wajib beratur di nasi kandar penang, nasi kandar penang,
Keadaan Nasi Kandar Deen Maju Penang

Beginilah boleh dikatakan keadaan beratur hampir setiap hari malah lebih panjang bila cuti sekolah. Masuk saja cuti sekolah aRz terpaksa buat-buat tidak nampak. Melainkan ingin membawa tetamu. Gambar diatas sebenarnya aRz ambil 2 hari sebelumnya iaitu pada hari bekerja ( masih dalam musim cuti sekolah )

2:32 Petang | Sampai saja di Deen Maju memang dah ramai beratur. Kami hampir ke hujung lorong di sebelah nasi kandar ini. Sebaiknya caj telefon sepenuhnya supaya tak terlalu boring menunggu. Layan youtube atau media sosial sementara nak sampai giliran mengambil nasi. aRz target waktu yang diperlukan untuk beratur dalam satu jam.

Sambil beratur boleh lihat pelbagai gelagat dan ragam masing-masing. Mujur masa kami beratur disini keadaan cuaca redup dan berangin. Kalau tak, sah memang bermandi peluh.

keadaan nasi kandar deen maju penang musim cuti sekolah, destinasi percutian penang, tempat wajib singgah di penang, arzmoha.com,
Deen Maju Penang | Lorong penuh sampai kebelakang

3:21 Petang | Kami mula sampai di agak ke hadapan lorong. Lega sikit rasa. Walaupun perut mula berbunyi-bunyi. Sabar jela lagipun nak rasakan pengalaman. Pengalaman itu sesuatu berharga.

Cakap mengenai pengalaman teringat kata seorang sahabat. Kalau kita nasihat seseorang mengenai sesuatu yang pernah kita lalui tapi tidak diendahkan. Jangan sedih, jangan risau. Biarlah dia rasai sendiri. Sebab"Pengalaman itu sesuatu yang berharga"Tidak boleh dibeli dan tidak terjual.

3:48 Petang | Kami baru dapat meletakkan makanan dan duduk di meja. Alhamdulillah lega. Tanya pada tetamu dari Putrajaya nak beratur lagi tak? Jawabnya tak sanggup sambil gelak hahahaha.

Walaupun beratur panjang jangan risau tiada masalah untuk menunggu atau berebut meja sebabnya nasi kandar deen maju sudah membuka satu lagi bangunan rumah kedai menjadikan 3 kedai semuanya. memang cukup walaupun cuti sekolah.


nasi kandar di penang, nasi kandar deen maju penang, tempat wajib singgah dipenang,
Alhamdulillah boleh mula menjamu selera

Menu Nasi Kandar Deen Maju 

Apa yang menarik sangat dengan Nasi Kandar Deen Maju Penang? Sudah tentu campuran kuah dan menu utamanya. Kalau tanya aRz apa menu yang biasanya aRz akan pilih?

Nasi Putih atau Nasi Tomato mestilah dengan 

1. Ayam goreng berempah + bendi + telur bawang
2. Daging + telur rebus + bendi

Salah satu diantara dua pilihan diatas. Jangan lupa minta sambal Nyok. Jarang-jarang sekali aRz akan ambil udang, sotong, telur ikan atau telur sotong.

Harga sepinggan kalau ikut dua pilihan diatas kurang dari RM 10.

Sekiranya ada yang sedang merancang bercuti ke Penang jangan lupakan jadikan Deen Maju sebagai salah satu dari destinasi jalan-jalan cari makan yang wajib di singgah.

Sedikit masa lagi aRz kongsikan tempat meletak parkir kereta yang selamat jika ingin ke nasi Kandar Deen Maju. Kesilapan parkir kereta boleh menyebabkan kereta anda ditunda atau disaman. Hati-hati.

Terima kasih kerana sudi membaca Mengenai Nasi Kandar Deen Maju Penang.

Tips Untuk Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai

$
0
0

Tips Untuk Memastikan Azam Tercapai Azam 2018

Assalamualaikum. Selamat memasuki tahun baru 2018. Semoga semuanya sihat dan berbahagia selalu. Bila masuk saja tahun baru maka masing-masing wajib ada azam tahun baru dan ada juga yang masih kekal sambung azam tahun-tahun lepas. Azam tahun lepas macam mana? Dah tercapai atau terkubur? Jom nak kongsi sedikit mengenai Tips Untuk Memastikan Azam Tercapai.

tips memastikan azam tahun baru tercapai, gambar bunga api, fireworks, tips azam tahun baru, cara pastikan azam tahun baru tercapai, cara untuk capai azam tahun baru, azam tahun baru 2018, mujahadah, istiqamah,
Cara Memastikan azam tahun baru tercapai kredit pic to @skeeze

Apa itu Azam?

Sebelum diterangkan mengenai tips untuk memastikan sesuatu azam itu tercapai mestilah kita tahu dulu apa maksud azam terlebih dahulu. Macam kita baca buku, sebelum ke bab-bab tertentu sudah semestinya ada perngertian terlebih dahulu. 

Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, Azam itu membawa maksud : tujuan yang hendak dicapai

Jadi bila masuk saja tahun baru takkan kita tidak ada sesuatu yang hendak dicapai. Sebab pepatah melayu mengatakan "Gagal merancang sebenarnya kita merancang untuk gagal".

Sebenarnya saya sendiri pun ada beberapa perancangan atau azam untuk tahun ini. Insyaallah saya kongsi paling bawah nanti. Begitu juga azam tahun-tahun sebelumnya yang masih belum tercapai.

Tips Untuk Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai.


Azam itu adalah tujuan yang hendak dicapai. Bukan sesuatu yang mudah. Kalau mudah mungkin boleh dikatakan ramai yang berjaya mencapai azam mereka. Sebaliknya masih ramai yang membawa azam tahun lepas ke tahun baru. Samalah yang menulis ini pun. Walaubagaimanapun bukanlah dengan mengamalkan tips ini membuatkan azam anda tercapai, sebaliknya bergantung kepada rezeki dan takdir masing-masing. Ada diantara kita dipermudahkan ada yang dilambatkan. Sabar dan terus berusaha.
Tips yang saya maksudkan adalah :

Niat

Yang pertama sekali mesti ada niat. Walaupun kita mempunyai azam yang baik ataupun hebat tetapi niat perlu betul. Niat yang baik-baik insyaallah dipermudahkan. Sebagai contoh azam nak berniaga dan berjaya sehingga kaya. Contoh....
Jadi niat kita kena perbetulkan. Niat nak bantu ibubapa, nak bantu sedara mara, nak bantu orang lain dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan niat yang baik memudahkan urusan kita.

Bermujahadah


Yang kedua dalam nak memastikan azam tahun baru kita tercapai hendaklah bermujahadah. Iaitu melakukan dengan bersungguh-sungguh, bermati-matian. Yela kalau tak usaha mana nak ada hasil kan? Mujahadah ini pula adalah satu bahagian paling susah. Ramai juga dalam ketika ini gagal untuk sampai ke peringkat seterusnya iaitu Istiqamah.

Sebagai satu cara untuk membantu kita bermujadah. Pesan ustaz-ustaz kita letakkan syarat. Macam mana tu?

Niat kita nak belajar bersungguh-sungguh. Kita letakkan syarat.
Contohnya : "Aku tak akan makan selagi tak siapkan kerja sekolah"
"Aku tak akan main bolasepak selagi kerja sekolah tak siap"
"Aku tak akan buka facebook selagi tak habis baca satu bab dan buat latihan"

Contoh saja. Buatlah sesuatu syarat yang menepati azam atau niat yang hendak dicapai.

Dengan cara syarat ini sedikit sebanyak sebenarnya mengajar kita untuk berdisiplin. Bermujahadah bukan juga mudah kalau tanpa disiplin. Disiplinkan diri kita Insyaallah boleh berjaya.

Istiqamah


Istiqamah ini secara mudah bermaksud konsisten dalam melakukan sesuatu. Sebelum kita nak sampai melakukan sesuatu perkara secara isitqamah sudah tentu kita perlu bermujahadah. Peringkat paling berat bagi saya adalah bermujahadah. Istiqamah akan jadi mudah bila kita dah melepasi bab mujahadah.

Nak bagi faham saya kongsi satu contoh. Contoh ini juga dikongsikan oleh Ustaz dalam satu ceramah sempena bulan Ramadhan di pejabat saya satu ketika dulu dimana ada seorang bertanya bagaimana untuk sentiasa Istiqamah membaca Al-Quran.

Membaca Al-Quran nampak mudah tetapi sebenarnya susah untuk istiqamah setiap hari. Jadi Ustaz kongsikan bahawa perlu ada niat yang baik, bermujahadah dan beristiqamah. Bermuajahadah ini pada waktu terawal kita cuba melakukan sesuatu tindakan yang baik.

Dalam contoh di atas membaca Al-Quran. 3 hari pertama atau minggu pertama untuk amalkan membaca Al-Quran adalah peringkat paling berat. Ada saja dugaan. Ada saja tayangan drama, ada saja kawan ajak keluar, ada saja dugaan. Jadi letakkan syarat.

 "selagi Aku tak habis membaca 2 muka surat Al-Quran aku tak akan keluar"

Selepas dah lakukan secara rutin harian maka mudah untuk istiqamah. Sebabnya tindakan atau perkara tersebut dah terjadi sebagai satu tabiat. Bila tinggal rasa pelik ibarat gosok gigi di waktu pagi, ibarat memakai jam tangan setiap hari, ibarat mandi gunakan sabun.

Sentiasa lakukan dengan bersyarat, berdisiplin dan niat yang betul. Insyaallah dipermudahkan urusan kita dalam memastikan azam tahun baru kita tercapai.

Azam Tahun Baru ?


Apa pula azama tahun baru saya tahun ini. Sebenarnya satu kongsikan sesuatu yang umum dan berkaitan blogging saja. Blogging bukan sahaja satu perkongsian suka-suka tetapi mampu dijadikan kerjaya sampingan.

Sejak blog ini diwujudkan pada tahun 2012 dan mula aktif 2015 sudah tentu tahun ini ada azam yang baru untuk dicapai.

1. Sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu. Kalau boleh nak cuba capai 5 entri seminggu.
2. Berkongsi sesuatu yang berguna pada pembaca. Arzmoha.com memang dah lama berkongsi info yang berguna untuk membantu pembaca. Tahun ini nak perbanyakkan lagi.
3. Meningkatkan pendapatan blog. Bila katakan blog sebagai kerjaya sampingan sudah tentu nak jana lebih pendapatan dari blog. Ada banyak kaedah untuk dicapai.

Itu saja rasanya azam tahun ini. Kalau ada lagi Insyaallah akan ditambah. Saya juga doakan semoga pembaca blog ini juga berjaya mencapai azam tahun baru.

Sekiranya artikel ini berguna jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan, sahabat handai dan keluarga menggunakan butang media sosial yang terdapat di atas. Terima kasih kerana sudi membaca Tips Untuk Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai

Benarkah Kita Hamba Allah

$
0
0

Benarkah Kita Hamba Allah

Assalamulaikum Salam Jumaat. Soalan di awal pagi ini "Benarkah Kita Hamba Allah?". Persoalan ini sebenarnya satu perkongsian di radio IKIM fm pagi ini. Kebetulan pagi ini hujan, jalan agak sedikit sesak. Jadi banyak masa diatas jalan dan banyak sedikit masa mendengar perkongsian Ustaz Mustafa Kamal. Benarkah kita ini hamba Allah?

sunset, father and daughter, silhoutte, sunset, hamba Allah, benarkah kita hamba Allah,
kredit gambar Pixnio

Kata Ustaz begitu mudah untuk kita mengaku Hamba Allah tetapi belum tentu kita menjadi benar-benar hamba Allah. Kalau kita mengaku hamba bermaksud kita tak punya apa-apa. Walaupun topik ini sangat luas dikongsikan. Saya cuma mampu kongsikan secara santai.

Tatkala kita mengaku kita hamba itu bermaksud kita tak punya apa-apa. Tatkala kita menuntut ilmu kita berasa tak punyai ilmu. Kita merasa tidak cukup dengan ilmu. Jangan merasa sudah cukup. Jangan merasa hebat.

Tatkala kita beribadah kita merasa tak pernah cukup. Jangan merasa hebat mahupun sudah cukup. Kata Ustaz lagi sedang Imam Syafie ketika hendak meninggal pun menangis kerana risau akan amal yang tidak pernah cukup. Sedangkan Imam Syafie khatam al-Qurah 60 kali dalam bulan Ramadhan. Tetapi tetap merasa tidak cukup.

Nabi Sulaiman yang menguasai kerajaan yang sangat hebat sehingga dapat menguasai Jin dan binatang juga apabila ditanya tentang kerajaannya maka dijawab semuanya milik Allah.

Bila dengar perkongsian ini terasa begitu kerdilnya, terasa hinanya, amal tidak sehabatnya mana, dunia juga tidak sehebat mana, kadangkala terlupa kita cuma Hamba.

Itu belum lagi kita merasa hebat dengan kelebihan yang Allah pinjamkan sedikit untuk kita seperti kecantikan, kekacakan, kepintaran, kelancaran berkata-kata sedangkan kita tidak lain hanya Hamba Allah.

Cukup saja setakat ini sebagai satu perkongian untuk diri sendiri dan mudah-mudahan memberi kebaikan kepada orang lain. Teima kasih kerana sudi membaca Benarkah Kita Hamba Allah

Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun

$
0
0

Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun

Sejak sehari dua lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun asyik kerap dimainkan di radio. Walaupun lagu ini dah lama tetapi rasa nak kongsi juga di arzmoha.com. Apa yang menarik lagu ini ia seakan menulis surat buat cinta hatinya. Kalau dibaca dalam liriknya ia bermimpi tentang hari tua saat mana rambut tidak lagi hitam. Kalaulah anda juga dapat lirik seperti ini suka tak?

virgoun, lirik lagu surat cinta untuk starla, video surat cinta untuk starla, surat cinta untuk starla, lirik lagu, blog lirik lagu, penulis blog lirik lagu

Jom layan lirik Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun.

Lirik lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun



Kutuliskan kenangan tentang
caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
untuk menceritakan cantikmu
Kan teramat panjang puisi
tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah 
Cinta ini
Tak lagi tersisa
Untuk dunia

Kerna telah kuhabiskan
sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang 
hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
yang ku jalani sampai kini

Aku selalu bermimpi tentang
indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan 
sisa hidupku hanya untukmu

Dan telah habis sudah 
Cinta ini
Tak lagi tersisa
Untuk dunia

Kerna telah kuhabiskan
sisa cintaku hanya untukmu

hidup dan matiku

Bila musim berganti
sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap disini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan 
sisa hidupku hanya untukmu

Bila habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa tuk dunia
Telah aku habiskan 
sisa cintaku hanya untukmu




sweetkan lirik lagu ni....

Peminat Manchester Jom Sertai Let's Go Contest Manchester Bersama Dashing

$
0
0

Peminat Manchester Boleh Berpeluang ke Manchester Dengan Dashing Let's Go Contest Manchester

Malaysia merupakan sebuah negara dimana rakyatnya amat meminati sukan bola sepak. Ianya juga merupakan sukan tumpuan apabila berlangsungnya apa-apa acara sukan yang terbesar. Ada yang sanggup beratur panjang hanya ingin menonton secara langsung. Berbeza menonton di televisyen berbanding di stadium secara langsung. Suasananya, riuhnya dan perasaan yang mendebarkan ketika bola mula menghampiri gawang gol. Berminat menonton secara langsung perlawanan Manchester City vs Manchester United?

Dashing Malaysia, peraduan dashing 2018, dashing let's go contest Manchester,




Berita baik buat peminat bolasepak terutama peminat Manchester City di Malaysia. Dashing Malaysia sedang melangsungkan Let's Go Contest Manchester yang bakal membawa anda menonton secara langsung perlawanan diantara Manchester City (MCFC) VS Manchester United (MUFC) di Stadium Etihad.

Bukan peminat MCFC saja boleh sertai contest yang sedang berlangsung ini tetapi siapa-siapa sahaja.  Tak dapat bayang bagaimana perasaan apabila menonton dua kelab terkemuka English Premier League. Nak tahu lebih lanjut mengenai Dashing Let's Go Contest Manchester?


Dashing Lets Go Contest Manchester, contest dashing, peminat manchester city berpeluang menang ke manchester,


Dashing Let's Go Contest Manchester

Peraduan ini sedang berlangsung dan bakal berakhir pada 31 Januari 2018. Ini merupakan peluang terakhir untuk anda menyertai Dashing Let's Go Contest Manchester. Tahu tak apa yang bakal anda menangi sekiranya anda adalah pemenang?

6 pemenang bakal di pilih dan akan memenangi hadiah utama Penginapan Percuma, 4 hari 3 malam perjalanan pergi balik Manchester, United Kingdom termasuk tiket VIP untuk menonton pertandingan secara langsung MCFC VS MUFC.

Jika terpilih sebagai pemenang itulah merupakan pengalaman terindah makan, tidur, menonton secara langsung dan bernafas di Manchester.

Bukan itu saja hadiahnya jika pemenang juga bakal di bawa melawat Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan juga Anfield. Begitu juga berpeluang berinteraksi dan medapatkan autograf daripada beberapa lagenda MCFC

Belum habis lagi...terdapat juga Magical Mystery Tour dimana pemenang bakal dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. Bagaimana masih belum menyertai pertandingan ini?

Cara Menyertai Let's Go Contest Manchester


Cara untuk menyertai sangatlah mudah dengan membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dalam satu resit tunggal dan hantar gambar dengan jelas resit penuh, Nama Penuh seperti di dalam Kad Pengenalan, Nombor Kad Pengenalan (NRIC) dan Kedai Pembelian ( Outlet Purchase) ke +60169972373 menggunakan Whatsapp. Mudahnya lah......

Mana tahu rezeki tidak kenal masa, mungkin ini peluang anda untuk menonton dengan lebih 50,000 peminat dengan Dashing Jenama Penjagaan Lelaki Terkemuka Di Malaysia. Peraduan ini berakhir 31 Januari 2018.

Untuk Maklumat Lanjut Layari:

 www.facebook.com/Dashing.MY
www.dashing.com.my
03-80238311

Aktiviti Yang Bermanfaat Ibu Bapa Dan Anak-Anak Diantara Waktu Maghrib Dan Isyak

$
0
0

5 Aktiviti Bermanfaat Di Antara Waktu Maghrib dan Isyak Boleh Di Lakukan Bersama Anak-Anak


Waktu diantara Maghrib dan Isyak ini terlalu singkat iaitu lebih kurang 1 jam 11 minit. Waktu yang singkat ini sebenarnya boleh diisi dengan aktiviti bermanfaat bersama anak-anak. Waktu ini jika terlalai tanpa disedari ianya berlalu dengan begitu pantas, mungkin cukup hanya untuk solat maghrib atau lebih teruk solat maghrib pun tak sempat. Bila bergelar ibu bapa kita perlu rancang waktu dengan baik. Bukan untuk diri kita saja tetapi waktu anak-anak juga. Setiap saat amat berharga.

ibubapa jangan abaikan waktu diantara maghrib dan isyak, parenting tips, didik anak-anak pada waktu maghrib dan isyak,
Aktiviti bermanfaat bersama anak-anak diantara waktu maghrib dan isyak

Waktu Maghrib dan Isyak ini boleh dimanfaatkan bersama anak yang masih kecil mahupun yang sudah membesar. Kalau zaman dulu, waktu sebelum maghrib memang tak dibenarkan keluar rumah, mungkin selepas solat maghrib barulah boleh keluar rumah itupun untuk pergi mengaji al-Quran. Rumah tok guru yang mengajar mengaji boleh dikatakan bergema alunan bacaan al-Quran. Indahnya bila dalam rumah bergema suara alunan ayat-ayat al-Quran.

Zaman berubah, hari ini teknologi sudah di hujung jari. Hiburan bersepah di sana sini. Gangguan-gangguan ini boleh menyebabkan anak-anak menjadi malas untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat. Sebaiknya waktu ini bebas dari sebarang hiburan seperti gadget mahupun televisyen. Macam zaman dahulu, waktu maghrib televisyen perlu di padamkan. Rindu pula suasana dahulu sekitar tahun 90-an.

Hari ini di media elektronik mahupun media cetak, bermacam-macam berita mengenai kehidupan hari ini yang tidak sedap kita dengar. Berita mengenai anak didera bapa sehingga mati, murid bunuh diri, tekanan perasaan, buli sehingga menyebabkan kematian dan macam-macam.

Kadang kita lupa, kita lupa kita di dunia bukan hanya untuk mencari dunia sahaja tetapi pengisian akhirat itu penting. Bukan untuk anak-anak sahaja begitu juga untuk ibubapa. Insyaallah aktiviti-aktiviti yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan hubungan baik diantara ibubapa dan anak-anak, kasih mengasihani, sayang menyayangi. Aktiviti bermanfaat ini juga dapat memberikan ketenangan dalam jiwa kita mudah-mudahan dapat membentuk kita menjadi manusia yang bahagia dunia dan akhirat.

Penyakit kita hari ini adalah terlalu mengejar dunia. Kata Ilmuwan dunia memang tak akan pernah cukup buat kita. Disebabkan kita terlalu mengejarnya membuatkan jiwa kita tidak tenang. Mudah-mudahan perkongsian ini sangat bermanfaat untuk kita dan keluarga dan dapat kembali hidup dalam keadaan bahagia.

Aktiviti-aktiviti Yang Bermanfaat Di Waktu Maghrib dan Isyak Bersama Anak-Anak

Macam saya katakan di atas tadi, waktu ini sangat singkat tetapi kalau kita urus baik-baik insyaallah dapat di manfatkan. Memang letih dan penat nak mengejar masa. Apatah lagi kalau nak buat aktiviti yang bermanfaat terutama di waktu maghrib dan isyak. Seronok lagi kalau dapat rehat sambil tengok drama. Balik saja kerja kena terus siap sedia untuk waktu ini. Balik keja terus nak siap? Letihnya...tak sempat rehat....Letihnyaaaa

Betul letih memang letih tapi kalau dah selalu lakukan ianya akan menjadi kebiasaan. Letih memang letih tetapi kalau diamalkan selalu ianya bakal menjadi kebiasaan dan anak-anak dapat tidur lebih awal. Kalau fikir letih memang letih, kalau masa berlalu begitu saja bila kenang kembali jauh lebih letih. 

Masa ini akan meninggalkan kita samada kita suka atau tidak. Paling penting kita manfaatkan sebaiknya. Lebih lebih letih lagi saat mana anak kita semakin membesar mereka jauh dari mengingati Allah dan gagal menjadi manusia yang berguna terutama kepada ibubapanya sendiri. Bawah nanti saya kongsikan bagaimana tercetus idea untuk menulis artikel ini.

1. Solat Berjemaah Bersama


Aktiviti yang bermanfaaat di waktu maghrib dan isyak bersama anak-anak yang pertama adalah Solat Berjemaah. Solat merupakan satu kewajipan sebagai hamba Allah. Ianya perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Bagi ibubapa akan ditanya juga mengenai anak-anaknya. Islam mengajurkan kita supaya menyuruh anak-anak solat bermula 7 tahun. Solat ini juga salah satu cara untuk kita mendekatkan diri pada Allah SWT.

Seandainya anak-anak dari kecil kita didik dengan solat, kita tekankan kewajipan solat sudah tentu ianya bakal diingati oleh mereka. Bayangkan hari-demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun menjadi kebiasaan solat berjemaah. Sehari tertinggal pasti rasa aneh, rasa pelik secara tidak langsung anak-anak ini akan sentiasa menjaga solat dengan baik. Selain itu, anak-anak tidak rasa aneh untuk ke masjid.

Jika anak lelaki bawalah ke masjid dan surau. Didik sejak dari kecil. Bak pepatah melayu, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Bila anak dah besar bukannya tak boleh, cuma ianya lebih berat berbanding waktu mereka kecil. Jika anak perempuan gunakan waktu ini untuk solat berjemaah bersama ibu, jika bapa ke masjid. Cuba bayangkan ianya diamalkan hari-hari. Indahnya.

Aktiviti ini boleh disambungkan dengan aktiviti berikutnya.

2. Bawa Ke Majlis Ilmu / Ceramah Agama


Aktiviti kedua dimana ibubapa boleh lakukan bersama anak-anak di waktu maghrib dan isyak ialah dengan mengikuti Majlis Ilmu di masjid. Menuntut ilmu satu kewajipan. Kita manusia sering terlupa. Mudah-mudahan majlis ilmu atau ceramah agama dapat mengingati semula kita. Hidup ini perlukan garis panduan untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Majlis ilmu merupakan taman-taman syurga. Ianya waktu yang diberkati. Bayangkan anak-anak kecil ini dibesarkan dengan suasana yang baik. Setidak-tidaknya anak kecil ini mendengar sedikit pun sudah baik. Bila besar nanti ia tidak kekok untuk ke majlis ilmu. Takkan kita nak tunggu anak kita berumur 60 tahun baru nak lihat mereka ke majlis ilmu?

Waktu antara maghrib dan isyak ini singkat tapi jika manfaatkan sebaiknya kita dapat lakukan banyak aktiviti yang bermanfaat dunia dan akhirat.

Paling tidak sekurang-kurangnya kita telah pun memberi ilmu pada anak-anak kita. Anak-anak kecil kalau berada di sebelah bapanya, berani tak dia main-main atau berbuat bising? Saya yakin mereka dapat berdisiplin. Kalau di rumah apa agaknya aktiviti mereka? Atau kita nak lihat anak-anak kita pada waktu ini bersama telefon pintar atau menonton drama yang tak habis-habis bercerita mengenai cinta anak orang kaya, hidup cara sosial dan lain-lain yang tidak asing dalam drama melayu slot jam 7 malam. 

Wahai ibubapa bimbinglah anak-anak kita ke jalan yang baik-baik. Mudah-mudahan mereka menjadi harta yang bermanfaat setelah kita tiada nanti.

tips didik anak-anak. ibubapa jangan abaikan waktu diantara maghrib dan isyak, parenting tips, didik anak-anak pada waktu maghrib dan isyak,
Waktu berkualiti bersama anak-anak

3. Membaca Al-Quran


Diantara waktu Maghrib dan Isyak adalah waktu yang sesuai untuk membaca Al-Quran bersama anak-anak. Aktiviti ini dapat mendidik anak-anak supaya jadikan aktiviti ini sebagai amalan. Kita sebagai umat Islam tahu banyakkan kelebihan membaca Al-Quran. Al-Quran itu merupakan penawar bagi penyakit dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Bagi anak yang kecil jika di sekolah sudah mula membaca Iqra, maka waktu ini sesuai untuk mengulang semula apa yang di baca di sekolah. Mudah-mudahan bacaannya lebih baik.

Mendengar bacaan ayat al-Quran pun membuat kita rasa tenang apatah lagi membacanya. Begitu juga apabila membacanya bersama keluarga di dalam rumah. Subhanallah. Cantiknya aktiviti ini.

"Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya" HR Muslim

Manfaatkan waktu ini sebaiknya. Ianya singkat sahaja.

4. Mengulangkaji Pelajaran


Waktu diantara maghrib dan isyak boleh juga digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi jadikan aktiviti 1 hingga 3 lebih utama. Mungkin ada waktu yang tertentu gunakan untuk aktiviti yang bermanfaat ini. Ibubapa dapat memerhatikan kualiti pembelajaran anak-anak di rumah. Barulah tak salahkan cikgu di sekolah.

Mudah-mudahan aktiviti mengulangkaji pelajaran juga menjadi satu aktiviti yang bermanfaat anatara ibubapa dan anak-anak.

Setakat ini saja aktiviti yang mampu saya kongsikan moga bermanfaat buat kita semua dan jadi peringatan buat diri sendiri juga. 


waktu berkualiti bersama anak-anak, waktu terbaik didik anak-anak, waktu bersama anak, waktu maghrib dan isyak waktu terbaik meluangkan masa bersama anak-anak, child time, ibubapa jangan abaikan waktu diantara maghrib dan isyak, parenting tips, didik anak-anak pada waktu maghrib dan isyak, anak blogger, blogger life, parenting life, kehidupan ibubapa,
waktu berkualiti bersama anak-anak

Bagaimana saya boleh terfikir untuk berkongsi mengenai artikel ini?

Ada beberapa kisah yang saya lalui, yang membuatkan saya terfikir dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut.

Kisah pertama ketika saya ke Melaka dan berhenti di sebuah surau untuk Solat Asar. Selepas solat imam membacakan wirid. pada masa sama seorang kanak-kanak saya rasakan anak kecil itu sekitar darjah 1 atau 2. Dia sama-sama membaca wirid dengan lancar bersama-sama imam. Dalam hati saya berkata, alangkah beruntungnya ibubapanya. Sudah pasti ia datang dari didikan yang baik. Boleh jadi ia diajar ke surau setiap kali solat fardhu.

Kisah kedua ketika saya hendak solat di sebuah pasaraya. Waktu itu hanya saya seorang kemudian datang dua remaja saya agak tingkatan 1 atau 2. Hebat anak remaja ini tanpa ibu dan ayah masih mengerjakan solat. Saya minta untuk iqamah. Remaja ini terdiam tak berkata apa-apa. Saya tanya lagi tau tak iqamah, kalau bahasa utara "qomat". Remaja ini diam sambil geleng kepala. Hati kecil saya terus tercetus sepatutnya dalam umur begini sepatutnya sudah tahu serba sedikit mengenai solat. Sebab di sekolah-sekolah hari ini sudah ada dalam sukatan pelajaran. Paling tidak waktu KAFA.
Sebab kisah ini juga membuatkan saya terasa ingin menulis supaya ibubapa ambil berat mengenai anak-anak terutama bab solat.

Mungkin didikan semua orang itu tidak sama. Mungkin tidak ada peluang untuk belajar. Mudah-mudahan kita dapat melihat atau audit semula terutama di dalam kalangan ahli keluarga kita. Jangan kita lepas semuanya pada guru-guru. Sedangkan ibubapa perlu memainkan peranan yang sangat penting. 

Ibubapa manfaatkan waktu diantara maghrib dan isyak ini. Ianya singkat. Pepatah arab mengatakan "masa itu ibarat mata pedang" Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita. Sama-sama kita bentuk keluarga kita mudah-mudahan dapat membentuk masyarakat yang hebat secara tidak langsung membentuk negara yang hebat di dunia dan akhirat.

Seandainya ada kesilapan dalam penulisan ini saya memohon maaf dan dalam kisah kedua tidak terniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi sebagai contoh di mana ibubapa perlu audit semula anak-anak supaya kita dapat membentuk keluarga bahagia dunia dan akhirat. Insyaallah.

PStt: Selepas aktiviti ini secara tidak langsung membuatkan kita yang letih petang tadi semakin letih dan menyebabkan kita akan tidur lebih awal. Solat Isyak di awal waktu juga membuatkan kita merasa waktu menjadi lebih panjang dari biasa.

Jangan lupa baca Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak dan Keluarga

Ada cadangan aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan diantara waktu maghrib dan isyak? Kongsikan di ruangan komen dan terima kasih kerana sudi membaa Aktiviti Yang Bermanfaat Ibu Bapa Dan Anak-Anak Diantara Waktu Maghrib dan Isyak

Suzy Honey | Set Syampu dan Perapi Rambu Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi

$
0
0

Suzy Honey | Set Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi


Hari ini kita sudah berada dalam zaman semua nak cepat. Tak ada orang yang nak tunggu lama-lama. Disebabkan itu maka banyaklah produk yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan kita. Jadinya tanpa kita sedar banyak produk yang menggunakan bahan kimia. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini mengenai produk dari Suzy Honey yang mana merupakan 100% semulajadi. Ada 3 produk yang akan di ketengahkan. Teruskan membaca.

shampoo bunga rose dan perapi rambut bunga rose dan sabun daun sireh, sabun untuk kebersihan vagina, sabun untuk kulit, shampoo rambut semulajadi, produk kecantikan semulajadi, produk bahan semulajadi, produk penjagaan badan dari bahan semulajadi, produk homemade, produk natural muslim,
Shampoo Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose serta Sabun Daun Sireh


Bila cakap bahan semulajadi, saya teringat waktu kehadiran Cik Puteri sebagai penyeri sebuah keluarga kecil. Kami cukup menjaga daripada makanan sehingga bahan yang digunakan. Waktu kecil jarang dan hampir tidak menggunakan sabun terutama yang ada bahan kimia dan sebagainya. Begitu juga pemakanannya.

Tetapi bila dah semakin membesar takkan hendak dilupakan segala usaha untuk memberikan penjagaan yang terbaik untuk keluarga. Jadi saya sendiri pun dapatkan beberapa produk yang dihasilkan dari bahan semulajadi dari Suzy Honey. Saya suka teringat zaman dahulu yang kebanyakkan semua diambil dari bahan semulajadi. Sebagai contoh nak dapatkan santan cari buah kelapa sekeliling rumah kemudian belah dan kukur. Perah dan terhasillah santan. Semuanya ada di sekeliling termasuklah ayam dan sebagainya. Biar pun lambat yang penting ianya dapat kualiti yang terbaik.

Zaman semakin berubah, rumah kampung semakin berkurangan, rumah hari ini bertukar menjadi rumah pangsa, kondominium atau rumah taman yang mana tidak ada ruang untuk tanam segalanya untuk menikmati hasil semulajadi.

Dengan usaha daripada pengusaha Suzy Honey yang cuba memastikan kita hari ini masih dapat menggunakan produk kecantikan dan kesihatan dari bahan semulajadi, terdapat beberapa produk yang boleh kita dapatkan dan digunakan dalam kehidupan seharian. 

Set Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose Suzy Honey


Set Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose Suzy Honey yang mengandungi Virgin coconut oil, Rosehip oil, Peppermint oil, Kaffirlime EO, Rosemarry EO. Adunan bersama Pati Essential Oil Premium bagi mengekalkan kesegaran dan haruman rambut.

Set syampu rambut bunga rose dan perapi rambut bunga rose ini berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut, mengelakkan keguguran rambut, sesuai untuk masalah kelumumur, mengatasi masalah kegatalan kulit kepala, memberikan haruman bau bunga rose yang menyegarkan dan mengelakkan bau hapak sesuai untuk rambut nipis dan kering.

Saya sekeluarga gunakan baunya memang harum ibarat meletakkan bunga rose di kepala. Teringat waktu mandi air limau selepas tamat pengijazahan persilatan di kampung dahulu. Segar rasa kepala. 

Satu set syampu rambut dan perapi rambut bunga rose 100% natural ini dengan 100ml setiap botol berharga RM 55. Bagi saya satu harga yang berpatutan dengan kualiti dari bahan semulajadi serta halal.

Sudah tentu produk ini sesuai seisi keluarga. Selain itu ada juga Set Syampu dan Perapi Rambut Organik Suzy Honey sekiranya ini mencuba pada harga yang sama setiap set.

Sabun Sireh.

Sudah tentu saya tak pernah lupa untuk kebaikan teman yang sentiasa menemani segala cabaran susah senang bersama. Untuk Puan Isteri juga ada produk yang khusus untuknya. Sireh, orang dulu-dulu amat menjaga kesihatan luar dan dalam. Selain menggunakan jamu tradisional yang berasal dari bahan semulajadi, daun sireh juga biasanya digunakan untuk menjaga kawasan intim.

Zaman dahulu tak banyak produk yang boleh dijumpai seperti hari ini. Jadi semuanya dibuat sendiri. Tetapi manfaat teknologi dan inovasi jangan disia-siakan. Suzy Honey juga menyediakan Sabun Sireh 100% homemade dari daun sireh asli.

Saya nak kongsi antara kelebihan sabun sireh khas untuk wanita. Antaranya adalah menghilangkan bau badan dan bahagian keintiman wanita, menegangkan otot vagina, merawat keputihan, merawat masalah jerawat badan, menegang dan melicinkan kulit badan, bertindak sebagai antiseptik mematikan kuman, menghilangkan gatal-gatal kulit.

Kelebihan sabun ini seperti yang aRz kongsikan di atas ianya sebenarnya datang daripada kelebihan daun sireh sendiri. Harganya cuma RM 18 sahaja


Selain sabun sireh, sabun daun semambu, sabun kunyit homemade, Sabun kopi scrub homemade, Sabun memwangi, sabun aura dan sabun daun bidara. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Hari ini ramai ibubapa dah mula memcari produk dari bahan organik atau semulajadi untuk kegunaan seisi keluarga. Mungkin kita tak mampu untuk dapatkan semua produk dari bahan semulajadi tetapi selagi mana kita mampu kita cuba dapatkan.

Mudah-mudahan dari perkongsian ini membantu para pembaca mendapat yang terbaik buat seisi keluarga tercinta. Kongsikan artikel ini di group-group whatsapp keluarga dan juga sabahat handai.

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Suzy Honey Set Syampu Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose Serta Sabun Sireh Dari Bahan Semulajadi.

Pihak Suzy Honey juga sedang mencari Stokis dan Agen untuk memperkenalkan produk muslim dan halal yang betul-betul asli serta memperkenalkan herba-herba Malaysia.

Suzy Honey shampoo bunga rose dan perapi rambut bunga rose, produk semulajadi, produk halal, produk mandian muslim, produk kecantikan muslim halal, sabun daun sireh,
Suzy Honey


Layari

Facebook Suzy Honey : https://www.facebook.com/SuzyHoneyofficial/

Instagram : https://www.instagram.com/suzyhoneyherbs/

#sabunorganik #jamutradisional #suzyhoneyherbs #reviewsuzyhoneyherbs

Santai Petang Di Setia Spice Aquatic Centre Penang

$
0
0

Santai Petang Mandi Di Setia Spice Aquatic Centre Penang

Setia Spice Aquatic Centre Penang merupakan antara tempat tarikan terbaru untuk mereka yang meminati aktiviti santai bersama keluarga untuk mandi manda. Ianya pernah viral di facebook selepas secara rasminya dibuka kepada pengunjung. Kebetulan sabtu lepas anak-anak sedara dari Putrajaya mai ke Penang, jadi Spice Aquatic Centre antara salah satu tempat yang wajib di kunjungi khasnya kanak-kanak. Apa yang menarik di sini? Inilah yang nak dikongsikan dalam artikel ini.


Cik Puteri di Setia Spice Aquatic Centre Penang, setia spice aquatic centre, tempat menarik di penang, tempat santai petang di penang, mandi di aquatic centre SPICE penang, spice penang, tempat mandi kanak-kanak di penang,
Setia Spice Aquatic Centre | Cik Puteri dan Sepupu

Sebenarnya dahulunya kawasan ini dipanggil PISA - Penang International Sport Arena kemudiannya dinaiktaraf dan diberikan nama baru SPICE - Subterranean Penang International Conference & Exhibition. Kolam kanak-kanak yang di panggil Children Water Splash Pool sebenarnya masih di lokasi lama sebelum dinaiktaraf.

Sebenarnya dibuka semula kepada pengunjung pada penghujung 2016, tahun 2018 baru sempat nak bawa Cik Puteri ke sini. Tapi kalau bawa Cik Puteri seorang pun tak berapa menarik, dah tentu dia akan ajak abah mandi sekali. Bila ada sepupu ramai-ramai memang dah tak nampak abah. Seronok ja mandi.

Ada 4 permainan utama di dalam kolam yang mana anda semua boleh tengok dalam gambar yang saya kongsikan di bawah. alang-alang bererita mengenai kolam mandi kanak-kanak tertanya juga perlukah ibubapa bawa anak-anak ke kolam mandi seperti ini?

Mungkin setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi saya YA... Ibubapa perlu dedahkan anak-anak untuk ke tempat seperti Children Water Splash Pool seperti di Spice Aquatic Centre ini. Antara sebab utama nak beranikan anak-anak. Untuk bermain air, dan mengharungi rintangan dalam permainan yang ada.


SPICE Aquatic Centre - Children Water Splash Pool

Apa yang saya perasan, Cik Puteri sebenarnya agak kurang untuk bermain permainan gelungsur yang tinggi. Jadi saya minta sepupunya yang besar bawa Cik Puteri naik. Sambil pesan pada Cik Puteri kalau tak naik kita balik terus. Jadi dia pun naik... hehe takut kena ajak balik.

Saya lebih suka ajar anak saya untuk berani. Sebab dalam hidup ini kena berani. Berani mengharungi cabaran dan rintangan terutama dalam kehidupan. Ibubapa kena yakinkan anak-anak. Nampak macam ehh main gelungusur air saja pun apa kena mengena dengan kehidupan. Inilah langkah pertama dalam kehidupan.

SPICE Aquatic Centre,Children Water Splash Pool, kolam kanak-kanak SPICE, tempat mandi kanak-kanak Spice Aquatic Centre,
SPICE Aquatic Centre - Children Water Splash Pool

SPICE Aquatic Centre,Children Water Splash Pool, SPICE Aquatic Centre,Children Water Splash Pool, kolam kanak-kanak SPICE, tempat mandi kanak-kanak Spice Aquatic Centre,
SPICE Aquatic Centre - Chidlren Water Splash Pool

Spice Aquatic centre, children water splash pool SPICE, kolam kanak-kanak SPICE, apa yang menarik di SPice Aquatic Centre, mandi manda di penang, kolam renang penang, cik puteri, anak blogger malaysia,
Cik Puteri di Spice Aquatic Centre
anak blogger malaysia setia spice aquatic centre penang, santai petang di setia spice aquatic centre penang, taman permainan air kanak-kanak di penang, tempat menarik mandi di penang, kolam kanak-kanak penang,
Cik Puteri and The Gang



Kalau tengok gambar-gambar di atas adalah antara permainan yang ada di bahagian kolam kanak-kanak yang terdapat di SPICE Aquatic Centre. Selain itu disediakan kemudah-kemudahan seperti surau dan tandas. Memang santai petang rehat-rehat mak ayah pun tak kalut nak keluar cari surau dan sebagainya

Mak Ayah pun boleh bersantai


Walaubagaimanapun makanan dan minuman adalah dilarang dari di bawa masuk untuk menjaga kebersihan kawasan ini. Bagaimana harga masuk ke Setia Spice Aquatic Centre?

HARGA TIKET MASUK KE SETIA SPICE AQUATIC CENTRE


Terdapat dua jenis bayaran masuk ke Setia Spice Aquatic Centre. Satu secara bulanan satu lain secara sekali masuk ( per entry). Untuk bulanan anda perlu rujuk gambar di bawah. Seperti yang saya ke sini baru-baru ini kami cuma beli tiket untuk sekali masuk. 

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahunRM 6 
DewasaRM 8
Tetapi jika penjaga/ ibubapa hanya masuk tetapi tidak mandi dikenakan bayaranRM 3

Harga tiket ke Setia Spice Aquatic Centre, harga bayaran masuk ke Spice aquatic centre, berapa bayaran tiket masuk ke SPice Aquatic Centre, Setia Spice Aquatic Centre Penang Fees,
Harga tiket

Secara kesimpulannya bagi saya kawasan agak bersih dan menarik, terdapat lifeguard yang jaga sekitar kawasan Children Water Splash Pool cuma mungkin dari segi kerja pembersihan seperti mop lantai sebagainya perlu di tambah baik. Risau anak-anak kecil jatuh disebabkan licin. 

Jika tiada idea nak santai petang bersama keluarga boleh singgah ke Setia Spice Aquatic Centre.

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

$
0
0

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

carian dalam talian di platform shopee meningkat 32% sempena perayaan tahun baru cina


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.


No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
& Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee


Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

$
0
0

Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

Assalamualaikum. Siapa yang pakai kereta tapi tak pernah ada masalah bateri kereta kong? Saya tak sebut beli kereta sebabnya bila pinjam kereta orang sekalipun kadang kita berhadapan dengan masalah bateri kereta kong. Cerita mengenai bateri kereta kong ni saya nak kongsikan pengalaman menggunakan servis Bateriku.com di Penang dengan harga bateri kereta murah. Boleh dikatakan bateri kereta murah di pasaran Penang.

Cara beli bateri kereta murah, cara atasi masalah bateri kong, pengalaman menggunakan servis bateriku pulau pinang, bateri kereta murah di bateriku, tempoh masa servis bateriku, nombor bateriku penang, waranti bateriku seluruh malaysia,


Kebanyakan kereta hari ini berTRANSMISI auto dan menggunakan BATERI jenis kering. Kedua-duanya untuk memudahkan tetapi kedua perkara ini agak menyulitkan bila bateri kereta habis atau bateri kong senang kata. Kereta transmisi manual bila bateri kong boleh lagi minta bantuan tolak kereta, bila enjin hidup boleh ke kedai atau bengkel berdekatan tetapi transmisi auto tidak boleh. Bateri kering pula bila kong atau habis tak boleh digunakan lagi, boleh la caj dengan cara 'jumper' untuk cari mana-mana bengkel berdekatan. 

Apa perlu buat bila BATERI KERETA KONG ATAU BATERI KERETA HABIS. Zaman sekarang semua dah semakin mudah. Tak perlu dah susahkan sesiapa untuk bantu kita bila dalam keadaan macam ni. Samada hari bekerja atau cuti, siang atau malam ( malam sampai jam 12 tengah malam) boleh baca pengalaman saya menggunakan servis Bateriku.com di Penang dan paling menarik harga bateri murah yang ditawarkan.

Cara beli bateri kereta murah, cara atasi masalah bateri kong, pengalaman menggunakan servis bateriku pulau pinang, bateri kereta murah di bateriku, tempoh masa servis bateriku, nombor bateriku penang, waranti bateriku seluruh malaysia,

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SERVIS BATERIKU 

Bila kita dah mula gunakan kenderaan sendiri, kita mesti letakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Jadi kita perlu tahu serba sedikit mengenai kenderaan kita. Jika berlaku kerosakan apa perlu buat, apa jenis kerosakan, siapa yang perlu kita hubungi dan macam-macam lagi. Kenapa kena tahu? Supaya kita tidak ditipu.

Zaman bujang dengan zaman dah berkeluarga ini lain. Zaman bujang tak risau kereta rosak lain pula bila ada keluarga dalam kereta. Apa yang paling risau keluarga. Sebab itu saya ambil tahu serba sedikit mengenai kereta saya sebagai contoh nombor pusat servis dan juga nombor bateriku.

Ini kali kedua saya gunakan khidmat bateriku. Mudah senang dan cepat. Kenapa saya kata mudah?
Sebab tak perlu nak survey harga. Memang harga di Bateriku antara yang termurah setakat ini. Perkhidmatan bateriku luas seluruh Malaysia. Tak perlu nak simpan banyak-banyak nombor. Mudah kan?

Jom saya kongsikan sedikti pengalaman menggunakan servis dari bateriku.com. Ada dua pengalaman yang berharga yang saya nak kongsi disini. Pertama memerlukan penukaran bateri baru dan keduanya tak perlu tukar bateri.

Pengalaman pertama masa saya nak keluar makan bersama keluarga. Cuba hidupkan enjin tapi tak berjaya sampai alarm berbunyi. Itu antara satu tanda bateri habis. Waktu dah lewat petang. Kalau google nombor kedai yang jual bateri pun tak guna, sebab kedai dah nak tutup. Kemudian baru teringat servis bateriku untuk bateri kereta kong. Masa tu saya call nombor di bawah

1-300-222324

atau download saja apps bateriku.com di Google Play atau App Store lagi mudah.

BATERIKU terdapat di 30 lokasi seluruh semenanjung Malaysia. Setiap negeri ada.

Cuma masa tu saya guna telefon sebab belum download apps dah kecemasan mana sempat nak download kan. Tapi sebaiknya anda semua download dan install sebab tempoh hayat bateri kereta antara setahun hingga 1 tahun 6 bulan. Bergantung juga cara penggunaan kita. Masa guna kereta Myvi semuanya cun cun setahun 2 bulan macam tu tanpa sebarang tanda. Esoknya terus tak boleh hidupkan enjin. #baterikong. Ini bermakna memang setiap tahun kita perlu tukar bateri kereta.

Kalau di Penang ( dalam kawasan pulau) servis bateriku lebih banyak menggunakan motosikal. Sebab kawasan pulau ni lebih mudah guna motor. Ada beberapa kawasan memang akan sesak pada waktu tertentu. Pernah juga tanya kenapa naik motor? Dia cakap kalau naik van janji 30 minit, silap-silap sampai 2 jam. Jadi jangan risau kalau bateriku datang naik motor sebab lebih cepat dalam 15 minit saja bergantung pada temujanji. Staff akan maklumkan berapa lama masa diambil untuk sampai.

Kalau tengok pun boleh kenal mereka memang staff bateriku. Beretika. Boleh tengok gambar gambar di bawah

Pengalaman kedua rasa macam enjin susah nak start. Ada tanda-tanda pelik. Takut juga kalau kena waktu balik keja bateri kong. Sudah la nak cepat jemput Cik Puteri dari sekolah dan ambil Puan Isteri dari kerja. Jadi saya buat panggilan untuk mohon Bateriku buat pemeriksaan atas bateri kereta saya. Kalau bukan bateri memang kena rujuk pada Service Centre.

Kebetulan dah pun berada di Tesco sebab waktu makan tengahari jadi sempat buat temujanji disini. Baik, pihak Bateriku juga memberikan khidmat untuk memeriksa bateri kereta contohnya anda ingin berjalan jauh seperti balik kampung sempena musim perayaan dan lain-lain. Walaubagaimanapun bergantung kepada keadaan. Pihak bateriku akan lebih mengutamakan mereka yang sudah membuat temujanji terlebih dahulu.

Cara beli bateri kereta murah, cara atasi masalah bateri kong, pengalaman menggunakan servis bateriku pulau pinang, bateri kereta murah di bateriku, tempoh masa servis bateriku, nombor bateriku penang, waranti bateriku seluruh malaysia,
Wakil Bateriku membuat pemeriksaan

Pemeriksaan pun cepat dan mudah. Lebih kurang 15 minit saja. Pengalaman kali ini, saya tak perlu tukar bateri. Ini kerana bateri dalam keadaan baik. Mungkin perasaan saya saja yang merasakan bateri macam nak kong. Lagi pun masih baru nak biasakan dengan kenderaan Eco Idle. Enjin akan dalam keadaan 'IDLE" apabila berhenti dan hidup semula selepas brek dilepaskan.

Pemeriksaan yang dibuat adalah PERCUMA. Pihak Bateriku hanya akan caj harga bateri jika perlu ditukar sahaja. Harga sudah termasuk tolak harga bateri lama.

bateri kereta dalam keadaan baik, Cara beli bateri kereta murah, cara atasi masalah bateri kong, pengalaman menggunakan servis bateriku pulau pinang, bateri kereta murah di bateriku, tempoh masa servis bateriku, nombor bateriku penang, waranti bateriku seluruh malaysia,
Keadaan Bateri Kereta

Alang-alang dah berjumpa bateriku sempat saya bersembang tanya lebih lanjut mengenai bateriku. Sekarang khidmat servis bateriku agak meluas seluruh Malaysia. Sempt juga betanya beberapa soalan.

BATERI YANG DISEDIAKAN BATERIKU SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN?

Setakat ini bateri memang sesuai untuk semua kenderaan jenis kereta. Cuma untuk Perodua Bezza Advance yang menggunakan sistem "Eco Idle". Masih belum ada bateri yang sesuai. Mungkin di masa akan datang pihak bateriku akan sediakan.

APA YANG MENARIK GUNA SERVIS BATERIKU?

Bateriku akan sampai ke lokasi kenderaan yang habis bateri atau bermasalah. Pemeriksaan akan dibuat samada bateri kong atau masalah lain. Tak perlu susah-susah cari nombor kedai jual bateri atau pergi beli sendiri. Jika masalah lain bateriku ada nombor-nombor bengkel yang berkaitan.

Dari segi warranty pula tak perlu risau. Jika beli bateri kereta di Penang kemudian rosak di Johor. Hubungi saja pihak Bateriku untuk claim warranty sekiranya masih ada tempoh warranty. Senang kan?

Cara beli bateri kereta murah, cara atasi masalah bateri kong, pengalaman menggunakan servis bateriku pulau pinang, bateri kereta murah di bateriku, tempoh masa servis bateriku, nombor bateriku penang, waranti bateriku seluruh malaysia,
Peralatan yang digunakan Bateriku

Cara beli bateri kereta murah, cara atasi masalah bateri kong, pengalaman menggunakan servis bateriku pulau pinang, bateri kereta murah di bateriku, tempoh masa servis bateriku, nombor bateriku penang, waranti bateriku seluruh malaysia, arzmoha
Bateriku # baterikong

Setakat ini dahulu saya kongsikan mengenai Bateriku penyelesaian kepada masalah bateri kereta. Ingat jangan lupa simpan nombor yang saya kongsikan di atas atau lagi baik download apss Bateriku. Apps Bateriku pun mudah kalau nak claim warranty bateri bila ada masalah.

Semoga perkongsian ini sesuatu yang berharga buat anda semua serta memberikan manfaat. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

$
0
0

10 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU


Dengar perkataan lipat baju, Fuh memang malas. haha. Kenapa tetiba arzmoha.com kongsikan mengenai 10 Cara Jimat Masa Melipat Baju? Mungkin ada yang belum tahu aRzMoHa sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang dikenali sebagai Cik Puteri. Sudah tentu nak kongsikan artikel berkenaan isu-isu melibatkan kekeluargaan. Penting sangat kah isu lipat baju?

10 cara jimat masa melipat baju, cara jimat lipat baju, cara lipat baju dengan cepat, pengurusan masa melipat baju,


Mungkin ada diantara pembaca blog arzmoha.com ini terdiri dari golongan bujang (belum berkahwin) dan juga sudah berkahwin. Lipat baju juga sesuatu yang penting dalam menguruskan sesebuah keluarga atau lebih senang ianya melibatkan pengurusan masa yang betul. Bila dah berkahwin sebenarnya ada banyak perkara yang hendak dilakukan atau diuruskan. Suami ada urusannya begitu juga isteri. 

Semua orang inginkan rumah yang dalamnya ada bahagia. Bahagia samada di jiwa atau di mata. Sebelum sampai di jiwa mesti bahagia di mata dulu. Bukanlah bahagia itu datang dengan rumah yang besar, kereta besar, anak-anak serta isteri cantik. Tapi pengurusan dalam rumah tersebut.

Tidak kira yang dah berkahwin ataupun belum berkahwin. Hampir mustahil ada orang yang bercita-cita nak rumahnya semak dan tak terurus. Contoh paling mudah apabila kita menginap ke sesebuah hotel. Bila masuk saja bilik hotel kita tengok semuanya tersusun kemas dan teratur. Kita nak tak kalau bilik hotel yang kita bakal bermalam dalam keadaan tidak terurus? Sudah tentu kita turun semula ke kaunter mohon bilik yang lain dengan muka agak kurang tersenyum kan?

Begitu juga rumah kita sendiri. Kegagalan menguruskan sesuatu kerja dalam menguruskan rumah bakal menimbulkan ras kurang senang ahli di dalamnya. Apatah lagi jika perkara itu dilakukan oleh ibubapa takut ianya menjadi cerminan buat anak-anak.

APA TERJADI BAJU TIDAK DILIPAT?

Bukanlah satu kesalahan besar tidak lipatkan baju. Baju yang dilonggokkan di atas katil menimbun setinggi bukit tidaklah bermakna keluarga itu tidak bahagia. Cuma pengurusan dalam rumah itu agak tidak betul. Cuba bayangkan kalau suami terpaksa ke tempat kerja lebih awal sebab ada mesyuarat atau perlu berjumpa pelanggan dan mencari baju yang sesuai sudah tentu menimbulkan sedikit kekalutan dan pertelingkahan kecil. Tak elok kan?

Begitu juga jika bangun pagi hendak siapkan anak masih tercari-cari baju sekolah anak-anak. Bukankah beri sedikit kesan pada anak-anak mungkin lewat ke sekolah?

Walaupun bukanlah satu kesalahan besar tetapi kita sebenarnya telah menunjukkan sikap yang tidak baik pada anak-anak. Kita hari ini pun sebenarnya dipengaruhi oleh sikap ibubapa kita sebenarnya. Sebagai contoh, saya memang tak boleh makan pagi selagi belum mandi, ini kerana arwah abah dulu bangun tidur jam 4.30 pagi dan mandi seawal jam 5 6 pagi. Sedikit sebanyak memberi kesan dalam corak kehidupan anaknya hari ini. Hmmm kita nak tunjuk sikap tidak baik pada anak-anak?

Cuma bagi saya, setiap apa perkara pun dalam kekeluargaan ini perlu ada pengurusan masa yang betul. Barulah pengurusan perkara lain menjadi baik. Begitu juga menunjukkan sikap yang betul. Secara tidak sedar dapat melahirkan keluarga yang bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

10 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU

Bila ada kesan buruk daripada tidak menguruskan masa dengan baik untuk melipat baju sudah semestinya ada jalan penyelesaiannya kan? Jadi saya kongsikan 10 cara jimat masa lipat baju. Mudah-mudahan cara jimat masa melipat baju ini memberi manfaat buat mereka yang memerlukan.


1. Jangan Tangguh

Cara jimat masa melipat baju yang pertama adalah jangan tangguh-tangguh, selepas angkat baju dari ampain terus lipat. Kenapa pula? Sebab mood kita untuk terus melakukan kerja akan terbantu bila bertangguh, atau kita berkata "ermm satgilah...rehat sat"

2. Asingkan Jenis Pakaian

Cara kedua untuk jimatkan masa melipat baju ke 2 adalah asingkan mengikut jenis pakaian. Sebab apa ianya memudahkan untuk anda melipat baju. Contoh bila lipat baju, lipat semua baju dan bila lipat seluar hanya lipat seluar baru cepat sebab pergerakan yang sama dilakukan. Cepat ja siap tapi kena rajin sikit asingkan baju-baju tu.

Sama macam di kilang, terdapat jenis-jenis mesin. Mesin melakukan perkara yang sama dan hasilnya sangat cepat.

3. Lipat Baju Sebelum Tidur

Cara ketiga cara jimat masa melipat baju ke 3 adalah lipat baju sebelum tidur. Setkan waktu tidur anda dan set juga di minda selagi tak siap tak boleh tidur. Bila kita setkan di minda macam ni, kita tak akan berlengah lagi dan cepat-cepat nak siap dan tidur bersama insan tersayang. 

Tapi kalau baju tu dah sampai 5 bakul, simpan-simpan untuk esok pula. Jangan sampai tak tidur malam. Menjejaskan prestasi esok hari nak siapkan anak-anak pergi sekolah dan sebagainya.

4. Lipat baju berjemaah

Cara jimat masa melipat baju ke 4 adalah dengan cara berjemaah atau berkumpulan. Ajak anak-anak lipat bersama, dalam masa sama dapat mendidik anak-anak melipat baju. Barulah bila dah besar nanti pandai lipat baju sendiri, samada lelaki mahupun perempuan.

Contoh baju ada 30 helai, tukang lipat baju ada 3 oang, jadi seorang hanya lipat 10 baju sahaja. Mudah dan jimat masa.

5. Jauhkan smartphone

Cara jimat masa melipat baju yang ke 5 adalah jauhkan diri dari smartphone. Smartphone adalah virus paling bahaya abad ini. Virusnya boleh menyebabkan banyak kerosakan antaranya kerja rumah tak siap, hubungan kekeluargaan pun boleh renggang dan bermacam-macam lagi. Tapi masih ada juga kebaikan contoh google cara jimat masa melipat baju atau kongsikan artikel ini ke group whatsapp keluarga anda.

6. Beli alat pembantu melipat baju


Cara jimat masa melipat baju ke 6 adalah beli alat pembantu melipat baju. Alat ini memang dijual dan boleh jual buat sendiri ada tutorial yang disediakan rajin-rajin cari. Cuma keberkesanannya tak pasti bagaimana. Saya pun tak pernah cuba. Tapi sekurang-kurangnya membantu.

7. Belajar Teknik Melipat Baju


Cara jimat masa melipat baju ke 7 iaitu belajar teknik melipat baju. Maksudnya tambahkan kemahiran dalam melipat baju. Ilmu lipat baju pun penting. Kalau tidak memang lambat la nak siap.

8. Gantung baju


Cara jimat masa melipat baju ke 8 ini agak berbeza kerana tidak perlukan anda melipat baju. Tetapi memberikan anda lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah longgokan baju yang tidak dilipat dan disimpan. Gantung baju anda. Tetapi anda perlu sediakan tempat gantung yang sesuai dan banyak. Google juga teknik gantung baju agar nampak kemas.

9. Upah pembantu rumah

Cara jimat masa melipat baju ke 9 adalah upah penduduk setempat yang memerlukan bantuan kewangan untuk melipat baju. Ini khasnya untuk ibu-ibu yang sibuk bekerjaya. Lebih baik upah dari terbiar baju berlungguk sampai dua tiga bukit. 

Saya letakkan cara yang ke 9 sebab kalau boleh lipat sendiri baju-baju kita. Melainkan tidak ada masa baru gunakan cara ini.


10. Hantar ke kedai Dobi

Cara jimat masa melipat baju terkahir adalah hantarkan ke dobi. Cara ini paling jimat masa. Cuma tak jimat dari segi kewangan. Hantar baju beserta lipat. Walaubagaimanapun ikut kesesuaian anda dan keluarga.

Setakat ini dahulu 10 Cara Jimat Masa Melipat Baju. Sekiranya berguna kongsikan ke group-group whatsapp dan facebook dengan menekan butang yang tersedia. Semoga bermanfaat.

Cara Buat Jus Kurma Sedap dan Mudah

$
0
0

CARA BUAT JUS KURMA SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum, sebenarnya memang dah lama saya nak kongsikan Cara Buat Jus Kurma yang Sedap dan sebenarnya mudah saja. Buah kurma pula banyak khasiatnya. Paling penting buah kurma sememangnya sedia manis. Ada sesetengah orang boleh makan begitu saja ada pula agak sukar untuk makan disebabkan manisnya. Jadi kesempatan ini saya kongsikan resipi untuk hasilkan Jus Kurma sesedap rasa dan membuatkan yang tak makan kurma pun boleh amalkan.

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
Jus Kurma

Kenapa tiba-tiba saja kongsikan mengenai Jus Kurma ni? Ehem...Ramadhan pun hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Boleh la belajar buat jus kurma bagi sesedap rasa nanti bila tiba bulan Ramadhan atau bulan puasa dah boleh agak sukatan yang sesuai.

Mengamalkan jus kurma pun baik juga sebab kurma banyak kelebihannya disamping penuh dengan khasiat.


Cara penyediaan pun mudah, tak serumit mana. Cuma perlu ada samada mesin pengisar ( blender) atau Mesin Jus ( Juice extractor) atau Hand Blender pun boleh. Paling senang guna blender yang biasa kita kisar bawang, bahan-bahan untuk memasak. Sebab nak cuci pengisar ni pun senang berbanding juice extractor. Takut nanti kita malas nak cuci selepas guna membuatkan kita malas nak buat jus hehe....cakap dari pengalaman.


hand blender pro mix, cara buat jus kurma guna hand blender, cara sedia susu kurma dengna hand blender philips, pihilips pro mix hand blender,
Hand Blender Philips Pro Mix
philips hand blender pro mix, mata pengisar tangan philips pro mix,
Bilah Hand Blender


Philips Hand Blender (gambar diatas) antara yang saya gunakan. Nak cuci pun mudah. Yang penting boleh hancurkan kurma. Sedikit sebanyak memudahkan anak-anak juga dapat khasiat daripada kurma. Sekarang pun dah banyak boleh jumpa di pasaran susu kurma. Buat sendiri lagi memuaskan.

Resipi dan cara menyediakan Jus Kurma atau boleh juga panggil Susu Kurma.


Bahan untuk sediakan Jus Susu Kurma
1. Sediakan samada 3, 5, atau 7 biji kurma. ( Ikut kesesuaian kesedapan mulut masing-masing.)
2. Susu Full Cream 1 Cawan. ( Susu HL tidak berapa sesuai sebab susu ini manis sedikit)

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, gambar buah kurma cantik, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
3 Biji Kurma yang dibuang biji.

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
Susu Secawan

Cara Sediakan Jus Susu Kurma

1. Kisar (blend) kurma dengan sedikit susu sampai sehancur yang sesuai. Terpulang bagaimana penerimaan masing-masing. Ada sesetengah suka kalau cebisan kurma hancur dan juga tidak suka. Asalkan boleh minum.

2. Kemudian masukkan susu sepenuhnya. Boleh juga terus kisar atau hanya masukkan. Kemudian dah siap.

Berkenaan bilangan kurma seperti yang saya sebutkan diatas bergantung kepada penerimaan dan rasa masing-masing. Ada orang suka lebih banyak kurma dan ada yang tidak. Sebab kurma memang rasa manis. 3 biji pun dah rasa manis. 

Kalau macam saya yang sukakan kurma 7 biji pun tidak menjadi masalah. Saya juga suka guna bilangan ganjil.

Susu pula jangan penuh cawan. Jadi kalau manis boleh tambah air kosong. Supaya sesedap rasa. 
Jadi dah boleh mula cuba dan hasilkan resipi yang tersendiri sesedap rasa. Cuba dan cuba. Bak kata orang dulu-dulu 'agak-agak'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Cara Buat Jus Kurma Sedap dan Mudah.

Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth

$
0
0

Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth

Roti Canai merupakan makanan yang sangat popular di Pulau Pinang terutama sebagai sarapan pagi. Saya ada kongsikan di Instagram dan Facebook sehingga ada yang bertanya  "kat mana ni?". Jadi saya rasa nak kongsi mengenai Naina Roti Canai yang agak baru berbanding roti canai lain yang mana agak popular dengan kuah kari daging berwarna merah. Ada masa saya kongsi nanti 4 Roti Canai Paling Sedap dan Best Di Penang.

naina roti canai, roti canai kuah atas, roti canai telur mata, roti canai penang style, Naina Roti canai di penang dengan mural rajinikanth, roti canai di penang waktu pagi, roti canai sedap penang, 4 roti canai sedap di penang, apa yang menarik di naina roti canai, makan pagi di penang, mural rajinikanth di warung roti canai,
Roti Canai Telur Mata

Terdapat beberapa tempat atau warung roti canai yang menyediakan bersama kuah kari daging berwarna merah. Memang tak dinafikan kuah kari sebegini sedap. Biasanya akan dicampur dengan kuah dhal. Bagi mereka yang tidak biasa, kali pertama mungkin boleh menyebabkan sakit perut. Sebab kuah kari ni pedas sikit. Jadi kuah kari daging dicampur kuah dhal sesuai bagi yang baru rasa buat pertama kali.

Betul ka sedap? Baik...lain orang lain rasanya. Bagi saya yang agak kurang memilih boleh dikatakan sedap. Tetapi bagi orang lain saya tak pasti, datang dan cuba sendiri. Ok?

APA YANG MENARIK DI NAINA ROTI CANAI PENANG


Apa yang boleh saya katakan tentang apa yang menarik di Naina Roti Canai ni? Semestinya rasa. Kalau tak ada rasa saya mungkin tak makan disini. Menu yang biasa saya makan sekiranya menjejakkan kaki di waktu pagi adalah Roti Canai Telur Mata + Kuah Taruk Atas cuma kadang-kadang tu saya mintak daging.

Selain dari tu ada juga tengok beberapa pelanggan lain yang mencuba roti bakar telur goyang (letak telur mata di atas). Yang ini biasalah mana-mana tempat pun rasa sama.

Kedua daripada 4 warung roti canai terbaik di penang, hanya di Naina Roti Canai Penang ini saja yang terdapat mural Rajinikanth. Mungkin kalau nak bergambar buat kenangan menarik lah.

Ketiga, dalam keempat-empat warung ini Naina juga yang agak kurang pelanggan berbanding tempat lain. Nak kena tunggu, memang malas. 


Naina Roti canai di penang dengan mural rajinikanth, roti canai di penang waktu pagi, roti canai sedap penang, 4 roti canai sedap di penang, apa yang menarik di naina roti canai, makan pagi di penang, mural rajinikanth di warung roti canai,
Rajinikanth di Naina Roti Canai

Harga rasanya lebih kurang. Saya pun tak berapa pasti berapa harga sekarang. Main order dan makan terus bayar. Jadi tak boleh nak cerita sangat bab harga. Datanglah sendiri dan cuba.

Kat mana Naina Roti Canai Penang? Guna saja google maps dan taip Naina Roti Canai. Insyaallah jumpa. Kalau tak silap masih lagi di Jalan Transfer. Rupa kedai seperti di bawah ( gambar kredit pada google street) Mungkin nampak berbeza sedikit sebab sekarang dah ada bumbung. Parking mudah di tepi-tepi jalan.


Naina Roti Canai

Setakat ini dahulu yang sempat saya kongsikan. Insyaallah akan datang saya kongsikan 4 Roti Canai Sedap dan Best Di Penang. Terima kasih kerana sudi membaca Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah.

LIRIK LAGU LUAR BIASA NYANYIAN ISMAIL IZZANI FEAT ALIF

$
0
0

LIRIK LAGU LUAR BIASA NYANYIAN ISMAIL IZZANI

Dah lama rasanya tak kongsikan lirik lagu di arzmoha.com. Sebelah sekian lama terasa nak kongsikan lirik lagu LUAR BIASA nyanyian ISMAIL IZZANI yang agak 'luar biasa' sambutannya di YouTube. Single terbaru miliknya yang dimuat naik di YouTube mendapat sambutan sehingga 700k pada khamis lepas.

Ismail izzani, luar biasa, lirik lagu luar biasa nyanyian Ismail izzani feat alif, single terbaru Ismail izzani luar biasa,
Luar biasa -ismail izzani


Dari awal kemunculannya saya sendiri pun agak layan dengan lagu-lagunya walaupun masih di katakan agak 'budak'. Seorang yang pemalu dan agak mahir menari seperti taeyang. Videoklip lagu Luar biasa ini juga dapat memperlihatkan tariannya dan menyebabkan mendapat perhatian di YouTube. Dah tengok ka? Cari di YouTube k

Lirik lagu Luar Biasa Nyanyian Ismail


Eh aku tahu
Ini lebih dari cinta
Apalah kami jika bukan luar biasa

Kau juga yakin
Ini lebih dari cinta
Dan jika kau sedia

Akan aku hadir
Hanya untukmu
Akan aku lawan
Hanya untukmu
Akan aku rindu
Hanya padamu

Tak usah kau bimbang
Dan tak usah tertanya

Apa erti sayang
Erti setia
Setiap hari sayang
Yang luar biasa 
(Repeat - 2X)

Yang luar biasa

We gonna go viral
Please say the same
Then will go home
The only way

You know that I will give you
What you want (what you want)
Just saw you know
You second tonight

Akan aku hadir
Hanya untukmu
Akan aku lawan
Hanya untukmu
Akan aku rindu
Hanya padamu

Tak usah kau bimbang
Dan tak usah tertanya

Apa erti sayang
Erti setia
Setiap hari sayang
Yang luar biasa 
(Repeat - 2X)

Bukan lebih tahu
Tapi jika kamu yakin
Jangan ragu ragu


Like a different feeling
Tak kau sangka 
Macam ke pop quiz
Terima sahaja apa adanya
Dan selalu ingat padanya
(Akan aku hadir)

You know what 
The life could bring
You don't want
The finer things
I can't event lie
Good vibes for the win

Aku doakan yang terbaik
Pada kami
Cinta yang luar biasa

Terima kasih sudi membaca lirik lagu Luar Biasa Ismail Izzani feat alif
Viewing all 125 articles
Browse latest View live